Trending By: Padin April 11, 2021 @ 1:47am

Siti Fazurina Cerita Kisah Perkahwinan Tak Dapat Restu, Akhirnya Diterima Keluarga

Pelakon yang popular menerusi siri Dunia Anita, Siti Fazurina Mohd Famir, 39, mendedahkan dirinya berasa kosong ketika rumah tangganya tidak mendapat restu keluarga.

Mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hykal Zulkifli pada 2013, pelakon yang disapa dengan nama Nina ini menceritakan kisah lima tahun yang perit di awal perkahwinan mereka.

“Lima tahun terawal kami berkahwin, saya akui diri saya kosong. Keluarga mentua semuanya baik-baik tetapi ada sesuatu yang hilang dalam diri saya.

“Perkahwinan tanpa restu membuatkan saya rasa tak tenteram. Bila hati ibu terguris, ia akan menimbulkan rasa kurang senang dan tak bahagia.

“Syukur Alhamdulillah, semenjak tahun 2019, hubungan saya dengan keluarga, terutama sekali dengan ibu sudah pulih.

“Sejujurnya, bila saya dan suami kembali diterima keluarga, ia adalah nikmat yang paling besar,” kata Nina.

Tambah pelakon sitkom Puteri ini, dia dan suami kini menetap di rumah keluarganya di Kuala Lumpur.

“Semua ini sudah diaturkan oleh Allah. Saya hanya berdoa dan berusaha untuk memulihkan keadaan.

“Bermula tiga tahun lepas, saya sering pulang ke Kuala Lumpur untuk bertemu keluarga. Saya akui, pada awalnya memang agak sukar, selepas hampir setahun, barulah mereka menerima saya.

“Pada awalnya, saya pulang seorang diri sahaja. Kemudian, secara perlahan-lahan, keluarga terbuka hati dan minta suami pulang sekali.

“Sekarang ini, saya dan suami kembali ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama keluarga saya,” katanya yang ditemui di sidang media program Ramadan Raya TV Alhijrah baru-baru ini.

Bertemakan Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai Ini Syawal Terakhir, majlis terbabit turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Drama lakonan Nina, Bapa Posa Anak Raya bakal disiarkan di stesen terbabit pada 16 Mei, jam 9 malam bersempena kehadiran Syawal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 20 Sep 2018
Featured Wed, 17 Aug 2022
Trending Mon, 23 Mar 2020
Trending Sat, 9 Jun 2018

Epik! Lelaki Ini Bakal Berenang Dari Jepun ke Amerika Syarikat

Lecoeomte akan diiringi lapan anggota pasukan sokongan yang turut akan melakukan penyelidikan marin bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencemaran laut dan plastik.

Trending Mon, 12 Apr 2021
Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Featured Thu, 19 Oct 2023

Sering Kongsi Isu Palestin, Hantaran Di IG Siti Nurhaliza Sudah Mula Disekat!

Moga urusan Tokti dan saudara kita di bumi Palestin dipermudahkan❤️❤️❤️

Trending Tue, 9 Oct 2018

Turun 1 KG Dapat RM 180, Syarikat Murah Hati Perkenal Program Turun Berat Badan

Oppsss…Ganjaran hanya diberikan kepada mereka yang berjaya sahaja, namun jika gagal dalam cabaran tersebut mereka akan dikenakan denda. So, ada berani tak?