Kejayaan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza tidak perlu dipertikaikan lagi.
Bukan sahaja bergelar penyanyi tersohor malah beliau kini diiktiraf dalam majalah terkemuka, Forbes Asia.
Menerusi laman Instagram rasmi, Datuk Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira apabila dirinya disenaraikan Forbes.com sebagai antara 100 selebriti paling berpengaruh dalam media sosial peringkat Asia-Pasifik.

“Alhamdulillah, semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat untuk kita bersama-sama” tulisnya.
Majalah Forbes Asia mengiktiraf usaha Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam mempromosikan makanan buat peniaga kecil kecilan yang terkesan akibat COVID-19.
Usahawan dan pengacara terkenal Noor Neelofa turut tersenarai dalam kategori yang sama.

Tahniah diucapkan buat kedua dua wanita hebat ini!