Trending By: Padin December 5, 2020 @ 1:43pm

Siti Sarah & Hazama Realisasikan Karya Khas Untuk Allahyarham Lok U, Aji & Kelly

Penyanyi Siti Sarah dan Hazama merealisasikan karya terakhir pengarah muzik dan komposer, Allahyarham Faizal Uzir atau Lok U yang berjudul Terakhir Buat Teman.

Pada awalnya, lagu tersebut pada dasarnya diciptakan oleh Lok U bersama gitaris popular, Fauzi Samin atau Aji sebagai tanda mengenang sahabat mereka, Allahyarham Ally Rahman atau Kelly yang terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka pada 4 Mei 2019.

Tidak sempat lagu tersebut disiapkan, Aji pula menyusul mengikut Kelly bertemu Sang Pencipta pada 5 September 2019.

Akhirnya, Lok U cuba sedaya upaya menyiapkan lagu tersebut namun dia juga berpulang ke negeri abadi tanggal 22 Januari 2020.

Akhirnya, lagu Terakhir Buat Teman yang liriknya dihasilkan oleh Iman Imran selamat dilancarkan pada 2 Disember lalu.

Menurut Sarah, hubungan baik antaranya bersama ketiga-tiga pemuzik ini bukan lagi baharu.

Malah dalam beberapa album, lagu dan persembahan terdahulu pasti melibatkan mereka bersama-sama.

“Memang saya antara orang paling terkesan bila Allahyarham Lok U meninggal dunia. Kami pernah jamming sama-sama untuk menyudahkan lagu yang dituju buat dua rakan-rakan yang lain.

“Tapi akhirnya dia pergi tanpa pesan. Saya bersyukur kerana ramai rakan-rakan Allahyarham mahu turun padang dan menyiapkan juga karya ini. Setidaknya saya mampu tersenyum apabila hasratnya untuk menghasilkan lagu disambung oleh yang lain,” kata Sarah.

Bagi Hazama, ini merupakan satu penghormatan kepadanya apabila diberikan kepercayaan membawakan Terakhir Buat Teman bersama-sama Sarah meskipun dia tidak bersama dalam proses pra pembikinan.

“Allahyarham Lok U pernah beri saya dengar melodi lagu yang katanya dibuat khusus untuk arwah Kelly dan Aji. Saya kata ini muzik yang baik dan saya mahu menyanyikan.

“Tak sangka pula karya tersebut tidak disiapkan sepenuhnya. Apa-apa pun saya bersyukur kerana pada akhirnya rezeki dapat berduet dengan Sarah melalui karya besar ini,” kata Hazama pula.

Menariknya, Terakhir Buat Teman turut mendapat sokongan geran melalui Dana Kandungan Digital (DKD) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Muzik video Terakhir Buat Teman boleh ditonton melalui salurah YouTube Indigital Music dan lagu ini juga boleh didengar melalui semua platform digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 3 Nov 2022

Berang Dahi Disamakan Dengan Padang Bola, Respons Sajat Buat Netizen Ketawa!

Usahawan kontroversi, Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila tular sebuah video dirinya tidak berpuas hati terhadap seorang wargamaya yang menegur keadaan dahinya. @sajatofficialtiktok DAHI SAJAT 3 JELA! DAHI KORG BERAPA ? #sajat #fyp […]

Hiburan Mon, 21 Aug 2023
Hiburan Wed, 28 Feb 2024

“Bila Masa Saya Kata Marissa Kena Buatan Orang?” – Abby Abadi

Ishh ishh siapalah yang sebar fitnah tak betul tu ha

Hiburan Mon, 19 Jun 2023

[VIDEO] Majlis Kahwin MK K-Clique & Siti Hajaar Dipuji Sangat Islamik, Aksi Baca Doa Sebelum Berarak Raih Perhatian

Love wedding MK, sangat simple and islamik ❤️ Comel je MK dengan isteri dia ni ❤️😭

Trending Wed, 19 Dec 2018

BTS Nak Datang Malaysia Tak Lama Lagi. Yeay!

Mesti anda rasa tak sabar kan?

Trending Fri, 26 Jun 2020

Pusat Tuisyen, Sekolah Pendidikan Khas Dan Institusi Swasta Kini Dibenarkan Beroperasi

Ambil perhatian buat semua pelajar pusat tuisyen dan pelajar swasta!