Trending By: Mohd Fuad Mohd Noor March 5, 2019 @ 5:40pm

Skincare Tip! Top Bestseller Mask Untuk Kulit Berjerawat

Jerawat dan perempuan sememangnya sinonim, terutama kalau tengah datang bulan memang boleh buat nangis.  Tetapi sejak wujudnya pelbagai produk penjagaan muka especially mask, masalah jerawat bukan lagi penyebab untuk korang rasa stress atau kurang keyakinan diri.

Menerusi laman sosial dan blog review, produk mask ini telah berjaya menjadi top bestseller dan sangat popular dalam kalangan kaum wanita. Malah kaum lelaki pun tak kurang juga. Dengan harga yang berpatutan dan terbukti berkesan memang tak hairan kalau mask ni selalu je sold out sampai kena tunggu pre-order online . Inilah top 5 mask bestseller untuk korang cuba!

1.Aztec Clay Mask

The best mask ever! Mask ni sangatlah best dan ia dapat mengecutkan jerawat, mengecilkan pori, melicinkan serta menegangkan kulit. Boleh dibancuh bersama air atau Apple Cider Vinegar. Lepas korang pakai mask ni, kulit korang akan rasa licin dan tegang tetapi kadang-kadang mask ni buat kulit kering dan dalam masa beberapa hari, kulit kering tu akan hilang, diganti dengan kulit yang baru. Kalau ada jerawat nanah atau besar-besar, korang akan rasa geli-geli nyilu menyucuk jerawat itu. 
 
2.Lush Mask of Magnaminty
 
 
Harganya sedikit mahal tetapi hasilnya terbukti berkesan. Mask ni sangat ‘minty’, bila korang sapu kat kulit muka tu, korang akan rasa berangin je.  Mask ni merupakan campuran China clay and fresh peppermint. Macam yang kita tahu, Lush ni memang mengeluarkan kosmetik yang dibuat secara ‘handmade’ dan Lush is a HUGEEEE brand, girls. Ingredients yang mereka gunakan dalam produk mereka juga Fresh!Tipu lah kalau korang tak kenal Lush kannnn. 
 
3.Freeman Facial Clay Mask (Mint & Lemon)
 
 
 
Kaki-kaki Watsons atau Guardian mesti tahu produk ni. Freeman ni dah lama bertapak di Malaysia dan produknya juga bagus serta menarik! Sebab apa menarik? Cuba korang tengok packaging dia, colourful giteww. Inilah yang membuatkan mask ni menyerlah berbanding mask lain kan. Packaging yang colourful, creative membuat wanita di luar sana terpikat. Bukan setakat packaging tapi mask ni juga berkesan dan sesuai untuk mereka yang mempunya kulit berjerawat. Harganya juga berpatutan, sesuai untuk mereka yang nak cantik tapi nak berjimat pada masa yang sama. 
 
4.Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mas
This product, is a ‘must have’ item. Ada tiny beads (volcanic clusters) dalam mask ni jadi texture dia ala-ala berbintik-bintik sikit. Yang best tentang mask ni, kulit rasa lebih lembut dan bersih lepas korang basuh mask dan yang paling penting, ianya sangat senang untuk dibersihkan. Sesetengah mask terlalu likat texture dia jadi masa kita nak bersihkan tu kadang-kadang kita kena tonyoh ala-ala manja muka kan but this mask is different, basuh dan gosokkan sikit je muka dengan air, terus hilang sisa-sisa mask. Kesan mask ni juga tidak terlalu ‘harsh’pada kulit dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif. 
 
5.Mary Kay Clear Proof Deep-Cleansing Charcoal Mask 
 
Produk Mary Kay ni memang popular dan harganya juga a bit pricey tetapi saiz produknya agak besar, boleh tahan for few months dan kalau kira-kira balik, sesuailah dengan harganya kan. Mask ni sangat sesuai untuk kulit jenis berjerawat / oily. Mary Kay ada banyak produk range, Clear Proof ni salah satu daripada produk yang khas untuk kulit berjerawat. Bila korang sapu mask ni pada muka, korang akan rasa ticklish (geli-geli manja) dan bila korang bersihkan mask ni, korang dapat hasil kulit yang lebih cerah, pores makin kecil, minyak di wajah akan berkurangan serta yang paling penting, miss jer akan terus mengecil (kecut). Untuk yang ada budget lebih boleh cuba mask ni.
 
 So, apa tunggu lagi? Jangan lupa dapatkan produk-produk ini, ye!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 30 Jan 2020

Jack Ma Derma 100 juta yuan (RM58.92 juta) Untuk Vaksin Koronavirus

USAHAWAN tersohor dunia, Jack Ma mendermakan 100 juta yuan (RM58.92 juta) melalui yayasannya bagi membantu membangunkan vaksin baharu melawan koronavirus yang telah menjangkiti ribuan orang dan membunuh sekurang-kurangnya 170 mangsa. Media sosial milik Yayasan Jack Ma berkata, […]

Trending Thu, 28 Dec 2017

Ibu Kepada 3 Orang Anak Gantung Diri Di Dalam Bilik

Cekik anak perempuannya sampai mati, ibu kepada 3orang anak gantung diri di dalam bilik

Trending Mon, 23 Jul 2018

Saya Tak Mahu Jadi ‘Kambing Hitam’, Selamat Tinggal Jerman!

Dalam masa sama, Ozil mendakwa beliau dilayan secara tidak adil apabila dikatakan menjadi punca kegagalan Jerman di pusingan pertama pada Piala Dunia.

Trending Sat, 21 Apr 2018

Zul Ariffin Kongsi Gambar ‘Anu’ Di Instagram?

Pelakon yang tak habis-habis dengan kontroversi ini akhirnya sekali lagi bakal diajukan soalan-soalan panas apabila telah berkongsi gambar kemaluannya di instagram

Trending Sat, 11 Jul 2020
Trending Tue, 31 Jul 2018

500 Pendaki Berjaya Turun, Enam Masih Di Gunung Rinjani

Menurut pihak berkuasa, gempa bumi Ahad lalu meragut 17 nyawa manakala lebih 150 lagi cedera dalam insiden berkenaan yang turut dirasai sehingga ke barat Bali.

Trending Tue, 9 Jun 2020

Tarikh Buka Semula Sekolah Akan Diumumkan Esok

Dah ready ke nak masuk sekolah semula?

| Live TV