Categories: Trending

Snek Enak Popular Malaysia & Korea Bergabung, CU X Super Ring Perkenalkan Kolaborasi Cheezy Corn… Sedapnya!

CU Malaysia, kedai serba lengkap terunggul dari Korea memperkenalkan satu kerjasama yang menarik dengan menggabungkan snek yang paling disukai oleh rakyat Malaysia Cheezy Corn dengan snek ikonik Super Ring, “CU X Super Ring Cheezy Corn”.

Mengambil langkah berani dan inovatif, CU menggabungkan snek yang paling disayangi di Korea dengan snek yang paling digemari di Malaysia dan menjadikannya penciptaan yang memukau dan enak.

Ini adalah satu bukti komitmen CU dalam menyediakan produk berkualiti tertinggi sambil memberikan pengalaman yang unik dan dipilih khas untuk pelanggan.

Kerjasama ini memberi pengalaman baharu dalam cara pengambilan snek dengan menggabungkan dua ikon dari dua negara berbeza menjadi satu snek yang menyatukan memori dengan inovasi.

Namun, inovasi tidak berhenti pada gabungan rasa. Siri sosej jagung (corn sausage) CU telah menjalani peningkatan yang signifikan dalam kualiti.

Dngan size yang lebih besar dan lebih sedap, snek ini pasti dapat memuaskan rasa semua lapisan masyarakat.

Ia bukan sekadar snek, ia merupakan suatu kepuasan dan kenikmatan rasa yang menunjukkan dedikasi CU terhadap kualiti yang dikenali oleh ramai.

Sebagai bonus tambahan, CU menawarkan Super Ring edisi terhad seberat 14 gram secara percuma dengan setiap pembelian CU x Super Ring Cheezy Corn.

Super Ring Cheezy Corn ini akan mengubah cara pengambilan snek yang menawarkan kenikmatan rasa yang benar-benar serasi dengan cita rasa Malaysia.

Jangan lupa untuk dapatkan snek istimewa ini bermula 27 Oktober ini sehingga 23 Disember 2023. Kunjungilah ke mana-mana outlet CU terdekat anda untuk merasai kelazatan gabungan rasa hari ini! Layari laman web CU Mart untuk maklumat lanjut.

Padin