Trending By: SGMS Faida June 14, 2018 @ 3:14am

Solat Sunat Aidilfitri Diawalkan

Memandangkan hari raya pertama jatuh pada Jumaat tahun ini, solat sunat Aidilfitri diawalkan pada jam 8 pagi, esok.

Ini bagi memberi lebih banyak masa yang cukup untuk umat Islam menziarahi sanak saudara.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, dalam satu kenyataan media, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Ketua Agama Islam di negeri ini berkenan dan menitahkan agar pelaksanaan Solat Sunat Aidilfitri 1439H ditetapkan pada jam 8 pagi sekiranya 1 Syawal 1439H jatuh pada hari Jumaat.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi memastikan sambutan hari raya tidak menjejaskan kewajipan umat Islam menunaikan solat Jumaat.

“Penyelarasan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan kepada jemaah dan ketidakseragaman waktu solat antara masjid dan surau di Selangor.

“Pada kesempatan ini JAIS memohon kepada semua imam masjid dan surau agar membacakan Khutbah Khas Aidilfitri dan Khutbah Jumaat yang diterbitkan oleh jabatan ini yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi emasjid.jais.gov.my,” katanya.

Pada masa sama, Haris turut mengingatkan masyarakat Islam di Selangor agar menyambut kehadiran Aidilfitri dengan kesederhanaan serta mengeratkan hubungan silaturahim dan saling menziarahi keluarga dan sahabat handai.

“Selain itu juga, saya mewakili seluruh warga kerja JAIS ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri dengan ucapan Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

“Semoga Allah menerima segala amalan kita di sepanjang bulan Ramadan. Maaf Zahir dan Batin,” katanya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Nov 2022

Aksi Sweet Farhan Mazlan Usik Isteri Buat Netizen Cair – ” Cantiknya Perempuan Belakang Dia?”

Pempengaruh terkenal Farhan Mazlan kembali mecuri perhatian warganet apabila video dia bersama isteri, Syafiqah Zambry yang sedang makan di sebuah retoran tular di media sosial. Farhan yang cuba mengusik isteri tercintanya dengan cuba memuji kecantikkan

Featured Tue, 14 Sep 2021
Featured Wed, 9 Nov 2022

“Selagi Boleh Elak Akan Saya Elakkan…” – Sharifah Rose Akui Salah Bersentuhan Dengan Lelaki Dalam Drama

Pelakon jelita, Sharifah Rose bersetuju mengenai babak yang memerlukan untuk bersentuhan adalah isu yang sensitif dan menjadi salah satu kesalahan terutama untuk wanita yang bertudung. Memetik laporan Gempak, Rose hanya melakonkan babak mesra bersama lelaki

Trending Tue, 22 Oct 2019

This South Korean Formula in Calculating Your Alleged “Ideal Weight” Got Internet Dumbfounded

South Korea’s beauty standard has always been a quite controversial topic, but this particular one is really kind of genius?

Trending Sat, 1 May 2021

Kamera Hadapan 44MP Dengan OIS, vivo V21 Hasilkan Imej Bertaraf Profesional… Lengkap Dengan Ciri Autofokus Serta Visi Malam Yang Canggih!

Mencari telefon pintar yang dapat merakamkan swafoto yang lebih jelas serta video yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa, di mana-mana jua? Siri vivo V21 yang terbaharu adalah jawapan untuk pencarian anda! Membawakan kamera hadapan 44MP

Trending Thu, 16 Jun 2022

6 Individu Termasuk Influencer Bakal Berdepan Saman Akibat Sebarkan Fitnah

Tak tahan dengan dakwaan palsu yang sudah sekian lama tersebar di media sosial hingga meraih jutaan tontonan, pempengaruh dan usahawan, Amira Khan atau lebih dikenali sebagai Myra Khan tampil menjernihkan keadaan dan telah menamakan enam

Trending Mon, 30 Apr 2018

‘Kota Hiburan’ Ala Disneyland Dibuka Di Riyadh

Antara bentuk hiburan yang terdapat di situ terdiri daripada Taman Tema Six Flags, litar permotoran, karnival kebudayaan, taman tema air, dan kompleks penginapan.

| Live TV

error: Content is protected !!