Trending By: Salma Syahbuddin February 28, 2021 @ 9:00am

SOP Akan Dilonggarkan & Pergerakan Merentas Negeri, Daerah Dibenarkan Jika…- Dr. Noor Hisham

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan, kelonggaran aktiviti dan tindakan kesihatan awam hanya akan berkuatkuasa selepas kelompok imuniti tercapai.

 

Menurut kenyataan tersebut, walaupun aktiviti imunisasi fasa 1 telah mula dijalankan, segala aktiviti terhadap tindakan kesihatan awam adalah wajar diteruskan.

Sumber : Google

Ini termasuklah, kawalan sempadan antarabangsa, pelaksanaan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) serta lain-lain tindakan kesihatan awam.

 

Malah, kesan dari tindakan yang dilaksanakan juga akan dinilai dari semasa ke semasa dan akan dibincangkan bersama kerajaan semasa Sidang Khas  Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Antara indikator utama yang digunakan dalam penilaian risiko adalah seperti berikut;

  1. Situasi semasa kes harian COVID-19
  2. Tren dan nilai semasa R-Naught (Rt)
  3. Situasi penggunaan katil untuk kes COVID-19 di PKRC
  4. Hospital, katil ICU dan kes ventilated – Situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19
  5. Aktiviti ujian makmal dan survelan COVID-19 (RT-PCR dan RTK Antigen)

Kebenaran merentas negeri adalah berdasarkan…

Sumber : Google

Keputusan untuk membenarkan pergerakan merentas negeri atau daerah misalnya adalah bergantung kepada penilaian beberapa faktor tersebut dan ia memerlukan keputusan bersama.
Justeru itu, semua pihak termasuklah mereka yang telah menerima vaksin dapat bekerjasama dalam mematuhi SOP sehingga imuniti kelompok tercapai.
Sumber : KKM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 May 2023
Hiburan Tue, 24 May 2022
Trending Tue, 14 Jul 2020
Kes Mahkamah Mon, 11 Mar 2024
Trending Thu, 9 Jan 2020
Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Sun, 24 Apr 2022