Trending By: Salma Syahbuddin March 14, 2021 @ 10:00am

SOP Lebih Ketat, AJL35 Harus Dijadikan Rujukan

Walaupun pelaksanaan operasi standard (SOP) semakin diperketatkan namun, penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) boleh dijadikan contoh atau rujukan bagi penganjuran acara hiburan yang diadakan secara langsung.

 

Ini kerana, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan SOP yang lebih ketat bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 dikalangan krew yang terlibat.

 

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek, AJL35 wajar menjadi contoh bagi mana-mana penganjuran acara yang diadakan secara langsung walaupun negara masih berdepan dengan krisis Covid-19. Ini termasuklah, penekanan prinsip pemakaian pelitup muka, penjarakkan sosial dan sanitasi.

 

Manakala, pihaknya juga telah menetapkan setiap persembahan finalis yang bertanding, hanya 6 individu sahaja dibenarkan berada di atas pentas dan tanpa kehadiran penonton.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

 

Terdahulu, MKN telah menetapkan semua jenis acara melibatkan industri kreatif adalah dibenarkan terutamanya di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dengan hanya kehadiran 70 peratus sahaja.

 

ARTIKEL BERKAITANAcara Langsung Dibenarkan Dengan Kapasiti Penonton Adalah Terhad – Ismail Sabri

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

“No! Kalau Pegang Saya Tumbuk” – Celoteh Comel Anak Aisyah Hijanah Undang Tawa

Tular sebuah video pempengaruh, Aisyah Hijanah yang sedang mengajar anaknya Khadeejah Hijanah untuk tidak membenarkan orang yang tidak kenal cuba mendekati dan menyentuhnya. Telatah Khadeejah yang masih pelat berbicara menjadi bahan jenaka warganet di media

Trending Thu, 16 May 2019

Alahai…Gambar Skandal Keempat Pula Tersebar

Kata wanita yang menggunakan nama akaun Mei Fina di Instagram, dia mengingatkan netizen agar tidak menyebarkan gambar-gambar lamanya.

Trending Fri, 22 Dec 2017

Pertemuan Di Dalam Grab, Sanggup Kejar

Dari Pertemuan Di Dalam Grab, Kisah Sweet Yang Terjadi Buatkan Lelaki Morocco Jatuh Cinta Dan Sanggup Kejar Wanita Ini

Featured Mon, 23 Aug 2021

Didakwa Enggan Ambil Vaksin, TMJ Bakal Jumpa Pengarah Pendidikan Johor & 779 Guru

Kerajaan negeri Johor melaporkan seramai 779 guru di sana dikatakan enggan menerima vaksin Covid-19. Selain itu, terdapat juga 12 guru yang masih belum mendaftar dan dua orang yang belum mengemaskini data mereka. Ekoran pendedahan ini,

Trending Sun, 18 Nov 2018

Nota Terakhir Jururawat Sebelum Bunuh Diri Bersama Dua Anak

”Saya Dah Tak Mampu Teruskan Kehidupan,” Nota Terakhir Jururawat Sebelum Bunuh Diri Bersama Dua Anak

Trending Mon, 29 Jun 2020

PKPP: Tidak Perlu Lagi Periksa Suhu Badan Di Setiap Kedai-MKN

Ambil perhatian buat premis di pusat membeli belah

| Live TV

error: Content is protected !!