Trending By: SGMS Faida August 29, 2018 @ 3:08am

Sri Pentas Terima Ancaman Bom, 200 Kakitangan Kosongkan Bangunan Serta Merta

Bangunan Sri Pentas di Bandar Utama terpaksa dikosongkan serta-merta selepas dikatakan menerima laporan ancaman bom dalam premis itu, sekitar jam 10.30 malam tadi.

Menurut sumber, kira-kira 200 kakitangan diarah keluar sehingga Unit Pengesan Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tindakan lanjut.

“Situasi itu benar berlaku dan bukannya latihan. Ancaman panggilan itu dikatakan dari seseorang dan semua kakitangan berada di luar bangunan,” katanya kejadian sudah dimaklumkan kepada pihak polis.

Seorang kakitangan syarikat itu menerusi rakaman siaran langsung di media sosial berkata ketika kejadian dia dan beberapa rakan sepejabat sedang bermesyuarat sebelum melihat kehadiran polis.

Anggota polis mengarahkan mereka yang berada dalam bangunan itu keluar dengan serta-merta.

“Apabila ditanya, anggota polis beritahu ada panggilan ancaman bom di sini (syarikat televisyen swasta terbabit).

” Kami difahamkan panggilan itu dibuat seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi,” katanya.

Difahamkan, Unit Pengesan Anjing (K9) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut berada di lokasi bagi melakukan pemeriksaan.

Bagaimanapun mereka dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan selepas pemeriksaan selama dua jam tidak menemui sebarang alat atau objek mencurigakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 22 Mar 2018

Now We Can All Fly Like Ejen Ali Thanks to AirAsia’s New MATA Spy Jet!

AirAsia launched the MATA Spy Jet in collaboration with Ejen Ali which makes flying even cooler now!

Trending Tue, 17 Nov 2020
Trending Tue, 27 Oct 2020
Trending Thu, 20 Jan 2022
Trending Mon, 12 Aug 2019
Trending Tue, 30 Jun 2020
Trending Thu, 24 Oct 2019

Instagram Says “No No” to Cosmetic Surgery Filters!

Seems like mental health is starting to get more awareness by the public, and people applause for that.

Featured Wed, 9 Nov 2022

Pemergian Bapa Jadi Titik Terendah Kehidupan Cakra Khan

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan mendedahkan pemergian bapa tersayang merupakan titik terendah dalam hidupnya. Banyak kejadian yang tak diduga berlaku kepada pelantun lagu Kekasih Bayangan itu, terutamanya ketika awal pandemik. “Sebetulnya waktu Covid-19, banyak hal yang

Trending Fri, 6 Dec 2019

Anak Krakatau Mampu Robohkan Patung Statue of Liberty AS

Ia boleh mencapai setinggi 93 meter.

| Live TV

error: Content is protected !!