Categories: Trending

“Stacy, You Are Such A Lucky Wife…” Misha Omar Akui Minat & Kagumi Akim Dalam Diam

Berpeluang bekerjasama bersama vokalis Akim & The Majistret, Akim Ahmad, Misha Omar mengakui impian beliau akhirnya tercapai apabila dapat bergandingan bersama penyanyi itu di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) baru-baru ini.

 

Menerusi muat naik di akaun instagramnya, Misha akhirnya membuat pengakuan bahawa beliau sudah lama meminati dan mengagumi Akim dalam diam.

 

Malah, Misha menyifatkan Akim seorang penyanyi yang hebat dan karakternya ketika berada di atas pentas itu sangat mengagumkan.

“Apa yang paling istimewa untuk AJL35, telah membuka peluang untuk Kak Mitch bekerjasama dengan seorang penyanyi lelaki yang dah lama saya minati, mengagumi dalam diam.. “
” suka tgk karakter dia tu atas stage cemana ntah..and when he sings, feel dia syedapp masyaAllah…”

 

Sumber : Instagram @mishaomar

“Awww stacy, you are suck a lucky wife…”

Tambah Misha lagi, Akim bukan sahaja penyanyi yang hebat tetapi juga merupakan suami dan bapa yang penyayang.

” Seronok sembang dgn dia ni..cerita pasal muzik..pasal kehidupan..dan dia seorang suami & bapa yg penyayang.”
” nama isterinya, @stacyanam tak akan lekang dari bibir dan selalu mengakui keyakinan utk melakukan apa yg dia suka semua datang dari support seorang isteri

 

Menjengah di ruangan komen, Akim dan Stacy dilihat memberikan reaksi kepada hantaran yang dimuat naik oleh Misha.

 

 

Apapun, kita harap suatu hari nanti Misha Omar dan Akim Ahmad boleh bergandingan dalam satu lagu baharu kan? Mesti best!

 

 

Salma Syahbuddin