Trending By: Yanie Baharom April 30, 2018 @ 9:00am

Suami Buat Muka Selamba Buang Kepala Isteri Dalam Tong Sampah. Kejamnya!

Sudahlah kepala isteri dipenggal, seorang lelaki dirakam berjalan dengan aksi muka selamba di lorong-lorong kecil sambil memegang kepala mayat isterinya.

Lelaki itu, yang hanya dikenali sebagai Zhang, 31, dituduh menyembelih isterinya di flat kediaman mereka, dalam kejadian di China.

Dia dipercayai keluar dari pintu depan rumahnya bersama kepala isterinya dan kemudian membawanya ke pusat pemindahan sisa untuk membuangnya.

Kejadian itu berlaku di kampung Kangle di daerah Haizhu, Guangzhou, Selatan China. Kepala mangsa kemudian ditemui oleh pekerja sanitasi yang segera menghubungi polis.

Mayat Xia, 28, dijumpai tanpa kepala di dalam flat tempat dia dan suaminya tinggal, dengan Zhang kemudian ditangkap atas tuduhan membunuh.

Pasangan itu berasal dari utara China, kata pihak berkuasa daerah Haizhu dalam satu kenyataan umum.

CCTV juga muncul menunjukkan saat-saat ketika Zhang keluar dari pintu depan bangunan flatnya sambil memegang kepala isterinya menggunakan tangan kirinya.

Seorang lagi lelaki tidak dikenali turut dilihat menemaninya ketika dia berjalan dengan tenang di sepanjang jalan lorong sebelum melupuskan kepala pasangannya.

Sumber : Metro UK

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 29 Jan 2021
Featured Sun, 20 Feb 2022
Featured Tue, 16 Aug 2022

“Cuba Jadi Baik Walau Tak Sempurna…”- Siti Nordiana Akui Istiqamah Itu Tidak Semudah Yang Disangka

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana tidak menolak dakwaan bahawa pemilihan kawan-kawan dan orang sekeliling yang betul menjadi asbab seseorang itu berubah dan istiqamah ke arah kebaikan. Namun, pastinya bukan mudah untuk seseorang individu itu sentiasa […]

Trending Mon, 17 Dec 2018

“Ini Last Race Aku” – Pelumba CP150 Hafiz Temui Ajal Di Litar Lumba

Hajat Allahyarham untuk membawa orang tuanya melakukan ibadah umrah tidak kesempaian.

Featured Wed, 21 Sep 2022
Trending Tue, 19 May 2020

PKPB: Pembelajaran Maya Berkesan Atau Tidak?

Inilah realiti norma baru..