Trending By: Padin April 9, 2021 @ 8:11pm

Suka ‘Modify’ Kereta & Motor, Shah Iskandar Pernah Berhabis RM1 Juta

Pelakon Shah Iskandar mendedahkan dia pernah berhabis hampir RM1 juta untuk memenuhi keinginan untuk mengubahsuai kereta dan motosikal.

Menurut Shah atau nama sebenarnya, Shah Iskandar Mahfuz, 39, nilai tersebut merupakan anggaran jumlah wang terkumpul semenjak dia melibatkan diri dalam bidang hiburan.

“Semenjak melibatkan diri dalam bidang hiburan semenjak tahun 2006, saya menggunakan wang hasil kerja untuk mengubahsuai kereta dan motosikal. Jika dikumpulkan, amaunnya mencecah RM1 juta.

“Ketika itu saya masih bujang dan nama pula dikenali, jadi saya hanya puaskan keinginan saya sahaja. Pada masa itu, saya ada enam kereta dan enam motosikal,” katanya.

Shah ditemui di majlis doa selamat pembukaan ruang acara, Stesen Seni by Kafe Sarawak Johor di Damansara Perdana, baru-baru ini.

Kini, pelakon drama bersiri Fira Ayuni ini mula memberikan fokus terhadap perkara lain.

“Kini, saya hanya ada dua kereta dan satu motosikal. Saya mula memikirkan tentang masa depan keluarga. Selepas dikurniakan anak sulung tahun lalu, saya akui semakin matang. Saya mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan.

“Zaman populariti juga sudah berlalu. Tawaran tak sebanyak dahulu, jadi saya perlu memikirkan perkara lain. Saya melibatkan diri dengan Stesen Seni.

“Perkara ini terhasil dengan bantuan rakan kongsi, Datuk Sulaiman Dahlan dan Kafe Sarawak Johor. Istimewanya, Stesen Seni berjaya disiapkan dengan menggunakan tenaga komuniti ini sendiri.

“Penubuhan Stesen Seni adalah sebagai satu platform untuk penggiat seni berkarya. Mereka yang dimaksudkan ini adalah terdiri daripada pelakon, pelukis, penyanyi, pemuzik dan sebagainya.

“Stesen Seni yang berkonsepkan ‘kepelbagaian’ mempunyai pelbagai fungsi iaitu ruang acara, ruang penggambaran, bilik rakaman muzik dan studio latihan muzik,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Jun 2022

“Dulu Tengok Orang Naik…” – Rezeki Lepas Kahwin, Usop Akhirnya Dapat Beli Kereta Mercedes

Usop akhirnya dapat memiliki kereta idamannya, Mercedes-Benz AMG.

Trending Thu, 17 Jun 2021

“Saya Harap Peminat Bersabar” – Hisyam Hamid Dedah Ramai Yang Rindu Dengan…

Pelakon Hisyam Hamid berharap peminat dapat bersabar menantikan sambungan drama rantaian Cukup Derita Itu. Terhenti di episod 20, naskhah karya Siti Rosmizah itu dihentikan tayangan di slot Samarinda TV3 berikutan terdapat babak tidak sempat dirakamkan […]

Trending Mon, 5 Apr 2021

Individu Cuba Rentas Negeri Sempena Ramadan Bakal Berdepan Tindakan Saman

Tiada lagi tolak ansur bagi mereka yang gagal tunjukkan bukti rentas negeri

Trending Thu, 26 Nov 2020
Hiburan Tue, 20 Jun 2023

Nurul Shuhada Dedah Anak-Anak Tidak Merestui Hubungan Hafidz, Athirah Yuhada – “Saya Tak Nak Emosi Mereka Terganggu”

Hmmm, apa apa pun kita doakan yang terbaik untuk anak anak Hafidz dan Shuhada 😢