Categories: Trending

Sultan Selangor & Tengku Permaisuri Titah Rakyat Bertanggungjawab Lindungi Haiwan Terbiar

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menitahkan agar rakyat tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan.

Ini kerana, masih terdapat segelintir pihak yang berlaku kejam terhadap haiwan terutamnya kucing dan anjing.

Dijadikan sebagai haiwan angkat

Selain menjadi Penaung Diraja program Stray Free Selangor (SFS) kendalian Society For The Prevention of Cruelty Animals (SPCA Selangor), Tengku Permaisuri Norashikin juga telah menyelamatkan 100 ekor kucing terbiar.

” Baginda berdua sendiri kini memelihara beberapa ekor kucing terbiar yang telah dikasi (neuter) dan diberi perlindungan secukupnya. Ini termasuk Snowy, seekor kucing terbiar yang pada mulanya datang ke kediaman DYMM Tuanku Sultan empat tahun lalu untuk mencari makanan, namun diambil sebagai haiwan angkat di atas inisiatif Baginda sendiri. Snowy kini adalah kucing peliharaan kesayangan DYMM Tuanku Sultan dan menjadi peneman setia Baginda”

Haiwan yang bersih dan Menyenangkan

Menurut Baginda, dengan kaedah mengambil sebagai haiwan angkat, haiwan terbiar ini boleh menjadi haiwan peliharaan yang bersih dan menyenangkan jika diberikan rawatan dan penjagaan yang rapi.

Malah, baginda juga menitahkan agar pihak berkuasa tempatan lebih pro-aktif dan bijak menangani isu haiwan terbiar ini sekaligus tidak emmebri gambaran buruk yang akhirnya menyebabkan haiwan-haiwan ini dikurung atau dibunuh.

” Baginda mahu PBT menjadikan negara Turki sebagai model, bagaimana pihak berkuasa negara itu mengendalikan haiwan-haiwan terbiar yang tidak berdosa ini daripada dizalimi.

“Baginda berdua amat berharap agar rakyat dan seluruh komuniti di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya, terus menyemai sifat belas kasihan dan sayangkan haiwan-haiwan terbiar ini serta mengambil berat tentang hak dan kebajikan haiwan seumpamanya.”

Sumber : Selangor Royal Office

Salma Syahbuddin