Trending By: Salma Syahbuddin July 21, 2021 @ 5:47pm

Suntikan ‘Picagari Kosong’, Ini Penjelasan KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan dakwaan tiga kes individu disuntik picagari kosong di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berpunca daripada keletihan yang dihadapi petugas dan sukarelawan.

“Kita lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh, tetapi apabila sudah letih kita perlu beritahu supaya dapat ‘direhatkan’. Jika teruskan juga tugasan dalam keadaan letih, maka berlakulah hasil kerja yang tidak produktif atau terbaik.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, memaklumkan bahawa  semua petugas disarankan supaya melaporkan keadaan diri masing-masing sekiranya mengalami kepenatan dan berasa perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum menyambung semula tugas.

“Benar, sememangnya kita juga ‘stress’ (tertekan) berkaitan masalah sumber manusia, namun KKM sentiasa berfikir dan dinamik umpamanya akan ‘mobilize’ (menggerakkan) petugas dari tempat (PPV) kurang sibuk ke PPV yang sibuk,” katanya.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumkan pada Selasa, individu yang diberikan suntikan ‘picagari kosong’ akan dipanggil semula untuk disuntik dengan dos baharu.

Selain itu,  Noor Azmi turut menjelaskan  bahawa belum ada keperluan untuk KKM melakukan PPV secara hadir terus atau ‘walk in’ khusus kepada golongan dewasa yang belum mendapat janji temu vaksinasi di negeri lain sepertimana yang dilakukan di Selangor dan Kuala Lumpur bermula 1 Ogos ini.

 

Sumber  :BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Sep 2022

Azhar Sulaiman Ulas Isu Puteri Balqis, Netizen Sindir Minta Tegur Anak Sendiri Dulu

Itulah kan kita tak ada dekat tempat orang tu so tak boleh nak ulas sesuka hati 😌

Trending Sat, 24 Mar 2018

Akhirnya…Datin Dera Amah Setuju Ke Mahkamah

“Jangan tanya bila dia akan hadir di mahkamah. Harap ia akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya kepada akhbar itu.

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Featured Tue, 21 Mar 2023

Abang Stacy Meninggal Dunia

Salam belasungkawa buat Stacy sekeluarga😐

Trending Sun, 11 Nov 2018

Air Minuman Jenama Tempatan Yang Diimport Dari Malaysia Ditarik Balik

Air Minuman Jenama Tempatan Ditarik Balik Selepas Didapati Mengandungi ‘Bakeria Alam Sekitar’

| Live TV

error: Content is protected !!