Categories: Trending

Syabas! Malaysia Tersenarai Antara 47 Winning Countries Tangani Wabak Covid-19

Agaknya semua negara sedia maklum bahawa Malaysia antara negara yang komited dan tegas dalam menangani penularan wabak Covid-19 bermula pada 18 Mac lalu dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Berita gembira ini turut dikongsikan menerusi muat naik di Facebook Public Health Malaysia, apabila negara kita diangkat sebagai ‘Winning Country Beating Covid-19’.

Manakala, menerusi facebook KKM pula, ucapan terima kasih terhadap usaha rakyat Malaysia dalam membendung dan memutuskan penularan Covid-19 sehingga menjadikan angka kes 1 digit amat dipuji.

Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia amatlah perlu agar kita sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial dan mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan okay!

Al-maklumlah, negara kita antara yang menjadi contoh buat negara lain terutamanya dalam menangani krisis ini.

Salma Syahbuddin