Trending By: Attiqah Mohd October 12, 2020 @ 5:25pm

Syamel & Ernie Raih Markah Seri, Akhirnya Fauziah Latiff Pilih….

Rancangan realiti Immortal Songs yang bersiaran semalam nyata memberi kejutan kepada penonton.

Buat pertama kalinya, persembahan daripada dua penyanyi tersohor, Syamel dan Ernie Zakri menerima markah yang sama pada kedudukan teratas. 

Untuk episod terakhir Immortal Songs ini, penonton dihiburkan dengan seleksi lagu hit penyanyi legenda, Fauziah Latiff.

Selain Syamel dan Ernie, penyanyi lain yang turut sama berentap di pentas terbabit adalah Adira, Khai Bahar, Adzrin dan Layla Sania. 


Kak Jee Tak Tentu Arah Pilih Pemenang

Persembahan malam tadi menyaksikan Ernie membawakan lagu Setiaku Korbankan dalam rendisi tersendiri dan mengubah susunan lagu asal kepada genre pop yang lebih menarik.

Manakala, Syamel pula tampil unik dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu dalam genre dan mempersembahkannya dalam cara tersendiri.

Persembahan padu Syamel dan Ernie  membuatkan Fauziah keliru sehingga kedua-dua mereka  mendapat markah yang sama iaitu sebanyak 746 markah. 

Syamel Jadi Juara

Namun, di akhir persembahan, Kak Jee terpaksa membuat keputusan akhir dan memilih Syamel sebagai juara keseluruhan bagi episod minggu ini. 

Tahniah diucapkan kepada Syamel yang membawa pulang RM 10,000!

Apapun, persembahan minggu ni memang sengit habis!

Sekali Syamel tukar…fuhh! memang untung la orang tu hihi ???????? #bangMel #rasanakmenari #pilihanmin

Posted by TV3 Malaysia on Monday, October 12, 2020

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 May 2023
Trending Fri, 29 Jun 2018

Anak Fasha Sandha Menangis Kerana Inginkan Ibunya Kahwin Lagi

Fasha kongsi video gelagat anak sulungnya menangis mahukan dia berkahwin di Instagram miliknya pada Ahad lalu.

Featured Tue, 23 Nov 2021

Makin Sado! Netizen Kagum Dengan Perubahan Badan Anak Norman Hakim & Abby Abadi

Putera sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim telah menarik perhatian orang ramai dengan perubahan fizikal badannya. Baru-baru ini, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon telah memuat naik perkongsian di […]

Trending Sat, 5 Jun 2021
#ThrowbackXTRA Wed, 12 Apr 2023
Featured Mon, 21 May 2018