Trending By: Padin April 17, 2022 @ 9:33am

Syamel, Sufi Rashid, Ara Johari, Amira Othman, Yuka Kharisma, Dafi, Irfan Haris, Masya Masyitah, Timah, Hady Mirza, Idris Brown & Syazwan Shuhaimi Bergabung Dalam Raya Kita Raya

Rocketfuel Entertainment dengan bangganya menghimpunkan hampir kesemua artis naungannya dalam sebuah single Raya istimewa berjudul ‘Raya Kita Raya’ ciptaan Amy Bong, Lan Todak, Mat Semat dan Haqfie.

Single ini menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Syamel, Sufi Rashid, Ara Johari, Amira Othman, Yuka Kharisma, Dafi, Irfan Haris, Masya Masyitah, Timah, Hady Mirza, Idris Brown, Syazwan Shuhaimi dan ramai lagi.

“Demi memeriahkan bulan suci Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi dan sambutan Aidilfitri di penghujungnya, kami artis-artis Rocketfuel sepakat bergabung secara kolektif untuk menyumbangkan suara kami dalam sebuah single Raya yang istimewa.

“Berbezanya pada kali ini, single ini dicipta bagi meraikan sambutan Hari Raya yang kita rindui bersama-sama mereka yang tersayang. Jika pada tahun lepas kita beraya secara berjauhan dan hanya melalui panggilan zoom, kali ini kita mungkin dapat bersua dengan mereka yang sudah lama kita tidak temui,” kongsi Irfan.

Walaupun kebanyakkan artis Rocketfuel sibuk dengan perjalanan seni masing-masing setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimansuhkan, mereka masih berkesempatan berkumpul untuk merakamkan single Raya Kita Raya ini.

“Jika dahulu, segala aktiviti seni terpaksa dihentikan kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia, kini dalam keadaan norma baharu, semuanya kembali aktif dan beransur-ansur secara perlahan.

“Dan sebagai meraikan bulan puasa pada tahun ini, Rocketfuel tampil memeriahkan bulan yang mulia ini dengan buah tangannya yang terbaharu,” jelas Sufi.

Proses rakaman yang dijalankan secara berperingkat bagi setiap artis mengambil masa hampir sebulan untuk dilaksanakan termasuk proses suntingan and pengubahsuaian.

“Setiap dari kami melakukan proses rakaman secara berasingan dan kemudiannya dicantumkan menjadi satu oleh komposer yang bertanggungjawab.

“Saya mengambil masa kurang dari satu jam untuk merakamkan bahagian saya dan beberapa artis lain dalam kumpulan kecil bagi bahagian korusnya pula,” ujar Yuka.

Setelah hampir dua tahun negara beraya di dalam fasa pandemik, bagi tahun 2022, era endemik mengambil tempat sekaligus membolehkan pergerakan merentas daerah dan ke negeri-negeri lain.

“Lagu Raya Kita Raya ini menceritakan tentang betapa meriahnya Raya pada kali ini setelah hampir dua tahun tidak dapat pulang ke kampung halaman. Setelah hampir keseluruhan rakyat Malaysia menerima vaksin dan sentiasa menjaga SOP, kita sudah bersedia untuk menjalani kehidupan seperti biasa namun kesihatan, peraturan dan langkah berjaga-jaga tetap diambil,” kata Dafi.

Sebagaimana lazimnya sesebuah lagu Raya, melodi yang ditonjolkan ada elemen nostalgia yang sentiasa menjadi pilihan komposer, selain susunan muziknya yang kaya dengan bunyi-bunyian tradisional yang disulam dengan instrumen moden menambah lagi dinamik keraian sesebuah perayaan.

“Ramadan kali ini sangat istimewa buat saya dan Ernie kerana kehadiran puteri sulung kami, Nur Khawla Soleha yang berusia hampir 2 bulan. Mungkin pada bulan puasa ini saya akan mengurangkan aktiviti seni dalam lebih fokus terhadap ibadah selain meluangkan masa bersama keluarga,” kata Syamel.

Sebuah video muzik (MV) istimewa juga turut dilancarkan dengan menampilkan hampir kesemua artis Rocketfuel dalam suasana yang cukup kecoh namun meriah ibarat persiapan menjelang Raya nanti.

“Terimalah buah tangan indah dari kami ini semua, semoga kita semua dapat menyambut bulan puasa dengan amalan-amalan yang lebih mendekatkan diri dengan Tuhan.

“Saya juga berharap pendengar dapat berhibur dengan lagu Raya Kita Raya ini dan jalinkanlah ukhwah sesama kita dan tidak sabar rasanya untuk pergi ke rumah terbuka bertemu sanak-saudara dan sahabat-handai!” kata Hady pula.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 30 May 2018

Geram! Video Warga Asing ‘Dibuli’ Di Kaunter Tular

Tak patut sungguh! Video pendek berdurasi sembilan saat itu menunjukkan kepala lelaki itu ‘diketuk’ oleh seorang pegawai lelaki menggunakan dokumen dipercayai pasport.

Featured Tue, 15 Jun 2021

Cadangan Laksana i-Sinar i- Lestari 2.0 Pada Kadar Separuh

Cadangan untuk melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan telah disarankan. Menurut Bekas Perdana Menteri, ia memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar […]

Trending Sat, 5 May 2018

14 Kali Mengundi, Nenek Dah Tak Sabar!

Walaupun saya tidak mampu lagi melihat dengan jelas, tanggungjawab untuk mengundi kali ini tidak akan saya lepaskan, saya berharap ada pihak yang sudi membantu saya ke pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau nanti…

Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] “Kelakar, Bincang Tarikh Putus Cinta Macam Anniversary” – Netizen Kagum Erra Fazira & Datuk Awie Macam Best Friend

Alahai sweetnya Erra dengan Awie! Best kan ada friendship macam ni? Dua dua masuk air hehe

Trending Thu, 27 Jan 2022

Lempar Tuduhan Terhadap Anuar Zain Sehingga Ziana Zain Berang, DSV Diserang Netizen – “Saya Mohon Maaf, Tidak Berniat”

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal Anuar Zain. Dalam hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya, DSV memohon kemaafan susulan video pendek yang tular di […]