Categories: Trending

Syarat Layak Mohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.

Walaupun tarikh semakan BPR masih belum diumumkan namun buat mereka yang masih lagi khuatir mengenai syarat kelayakan permohonan, berikut merupakan syarat layak bagi seseorang individu memohon BPR:

  • Pendapatan isi rumah bulanan kurang dari RM2,500
  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM1,200
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM1,800
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM2,501 – RM4,000
  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM800;
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM1,200
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM4,001 – RM5,000
  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM500
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM750
  • Individu bujang berpendapatan kurang dari RM2,500 terima RM350. Had umur kelayakan individu bujang mulai 21 tahun.

Bantuan ini bakal memanfaatkan 8.1 juta orang membabitkan peruntukan RM6.5 bilion.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu adalah melebihi RM5 bilion dengan 4.3 juta penerima di bawah BSH.

Bantuan ini bakal memanfaatkan 8.1 juta orang membabitkan peruntukan RM6.5 bilion.

Sekiranya anda penerima BSH 2020 dan BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini permohonan.

Baca artikel berkaitan : Cara Mohon Bantuan BPR 2021 & Daftar Sebelum

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”