Trending By: Salma Syahbuddin November 29, 2018 @ 1:15pm

Syed Saddiq Antara Paling Berpengaruh Di Dunia, Biar Betul?

Siapa sangka Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Abdul Rahman, 25  yang menjadi kegilaan dan idola anak-anak muda kita tersenarai antara 20 anak muda yang paling berpengaruh di dunia dan berada dalam 100 Future Leaders : The World’s Most Influential Young People in Goverment terbitan Apolitical.

Tersenarai antara 20 teratas dunia, Syed Saddiq antara dua wakil Asia yang berjaya dinobatkan sebagai 100 Future Leaders : The World’s Most Influential Young People in Goverment bersama Menteri Teknologi Maklumat dan Pembangunan Luar Bandar India, Andra Pradesh.

Sumber : Insatgram @syedsaddiq

Dipilih oleh Apolitical kerana pihak tersebut merasakan usaha Syed Saddiq yang cuba mengubah umur layak mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun serta menjadi Ketua Sayap Pergerakan Pemuda PPBM (Armada) dan Ahli Parlimen Muar dalam usianya yang  masih muda.

Sumber : Instagram @syedsaddiq

Tujuan penyenaraian ini adalah untuk meraikan peranan golongan belia dalam lingkungan umur 35 tahun dalam memajukan dasar kerajaan yang turut menyenaraikan 100 anak muda paling berpengaruh di seluruh dunia.

” Belia tidak seharusnya dipinggirkan, tetapi keutamaan dalam proses pembinaan negara “ Jelas Syed Saddiq menerusi laporan Apolitical

Selain itu, antara individu lain yang turut tersenarai ialah Datuk Bandar termuda dalam sejarah Amerika Syarikat, Michael Tubbs, Senator termuda Kenya, Naisula Lesuuda dan Timbalan Perdana Menteri Itali, Luigi di Maio.

Apapun, tahniah buat Syed Saddiq! Semoga banyak lagi pembaharuan positif diperkenalkan dalam bidang sukan tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sat, 13 Jan 2024

“Tyzo Berbakat & Berpengalaman, Jalan Terus Tanpa Peduli Orang ‘Toksik’ Itu!” – Azrul Zaidi Sifatkan ‘Politik’ Stesen Radio Kejam

Dalam dunia radio kalau mereka dah tak nak, bila-bila saja mereka akan ‘tendang’ (buang) – Azrul Zaidi

Featured Mon, 17 May 2021

“Selagi Tiada Rasa, Mana Mungkin Boleh Melupakan” – Intan Saleh Luah Perasaan Setelah Bersua Dengan Izreen Azminda?

Pelakon Izreen Azminda dan bekas isteri kepada suaminya, Intan Saleh akhirnya dipertemukan setelah empat tahun dalam program Melodi Raya yang bersiaran semalam. Menerusi Instagram Izreen, aktres itu memuat naik foto bersama Intan berserta kapsyen ‘memohon […]

Trending Fri, 2 Feb 2018

85kg肥妹遭霸凌 减肥患病瘦成「25kg肉干骷髅」

英国沃勒西(Wallasey)23岁汉娜(Hannah Lucas)最胖时期有85公斤,超壮硕的身材、肥滋滋的油肚成为同学之间嘲笑的题材,让她每天备受嘲讽霸凌。在她下定决心减肥,每想到减过头罹患厌食症,体重掉到只剩25公斤,顿时失去生存的意义。

Luar Negara Thu, 4 Aug 2022

Laudya Cynthia Bella Umum Bersara Dari Dunia Seni

Laudya Cynthia Bella umum bersara dari dunia lakonan.

Hiburan Thu, 14 Dec 2023