Categories: Trending

Syukur Masih Kekal Relevan, Siti Saleha Menang Lagi

Pelakon cantik Siti Saleha bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk menjulang gelaran Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34).

Ini merupakan kali ketiga wanita kacukan jelita ini membawa pulang trofi dalam kategori ini.

“Saya sangat sebak. Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi peluang menggenggam trofi Pelakon TV Wanita Popular dan kerjaya saya dipacu oleh peminat yang sentiasa menyokong.

“Saya rasa sangat bersyukur kerana masih kekal relevan. Mahu terus kekal bersaing dan sentiasa berada hati peminat bukannya sesuatu tugas yang senang.

“Malahan,ramai pelakon baharu yang muncul dan mewarnai industri seni. Saya pula bersaing dalam kategori besar, jadi bukan mudah untuk mempertahankan trofi selama dua tahun berturut-turut,” katanya lagi.

Sebelum ini, Saleha pernah mengungguli kategori sama di ABPBH 27 dan 33.

Malah, adik kepada Sam Bunkface ini juga pernah meraih trofi dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular pada ABPBH 27 dan ABPBH 28.

Padin

Recent Posts