Categories: Trending

Tahap Kesihatan Mental Semakin Kronik, Safiey Ilias Bakal Masuk Pusat Rehabilitasi – “Dibimbangi Saya Akan Bun*h Diri…”

Usahawan kontroversi dan penyanyi, Safiey Ilias dinasihati untuk menjalani rawatan sakit mental yang dialaminya di pusat rehabilitasi selama tiga hingga ke enam bulan.

Memetik laporan Harian Metro, Safiey mengakui tahap kesihatan mentalnya semakin kronik dan membimbangkan pihak doktor yang merawatnya selama ini.

“Kalau tak masuk pusat rehabilitasi dibimbangi saya akan buat perkara di luar jangkaan iaitu bunuh diri.

“Insya-Allah minggu depan saya dah kena masuk pusat rehabilitasi. Perkara ini dicadang dan dinasihatkan oleh doktor psikiatri, Dr Rafidah yang merawat saya sejak 2015 lagi. Katanya, ia bagus demi masa depan saya.

“Jika terus dibiarkan, dia risau saya ambil dadah pula dan rosakkan diri dengan bermacam-macam lagi. Jadi, baik bertindak sekarang sebelum menjadi lebih parah. Dia beritahu saya juga, di tempat itu sudah ramai yang sembuh,” katanya.

Tambah pelantun lagu Syinta Gila ini, sepanjang ketiadaannya, segala urusan perniagaan diserahkan sementara kepada bapa dan adiknya.

“Saya akan menyerahkan urusan perniagaan kepada adik dan ayah sementara saya dalam proses berehat dan dirawat. Doakan saya. Maafkan saya jika sudah mengecewakan ramai orang.

“Berilah saya peluang selepas saya berjaya memulihkan jiwa dan raga saya. Kepada mak dan ayah, ampunkan saya. Saya banyak kecewakan ayah. Berikan saya peluang terakhir tebus salah. Ampunkan aku ya Allah,” katanya lagi.

Sumber: Harian Metro

Padin