Trending By: Fatin Nurain June 21, 2024 @ 4:51pm

Tahniah! Redza Rosli, Bella Hanna Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Aktor terkenal Redza Rosli dikhabarkan telah sah bergelar suami kepada wanita pilihannya yang juga pelakon, Bella Hanna dengan sekali lafaz, pada 4.05 petang tadi.

Memetik laporan OhBulan!, pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh Jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.

Difahamkan, Redza telah menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 berserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak Bella.

Bagaimanapun, pasangan yang membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Dalam pada itu, majlis pernikahan yang bertemakan serba putih itu turut diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga kedua mempelai dan rakan terdekat, di Forest Valley Hall, Cheras.

Antara rakan selebriti yang memeriahkan adalah Adam Lee, Sweet Qismina, Datin Intan Najuwa, Erysha Emyra, Zamarul Hisyam, Diana Rafar, Datin Elvina.

Sumber: OhBulan!

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 12 Jan 2021

Anugerah Juara Lagu 35 Ditangguh

Agak-agak AJL 35 ditangguh sampai bila?

Hiburan Thu, 15 Feb 2024
Trending Fri, 13 Apr 2018

Khloe Kardashian Selamat Melahirkan Anak Perempuan Tetapi…

Haih, tak sah kalau tak ada drama dalam situasi yang melibatkan keluarga Kardashian ini!

Featured Wed, 24 Nov 2021

Ayah Sebak, Tak Sangka Anak Hadiahkan Jam Idaman… Sebelum Ini Mampu Cuci Mata Sahaja

Ketika anak-anak dewasa kelak, jangan lupa untuk membalas jasa ibu dan ayah yang sudah membesarkan kita dari kecil hingga besar. Walaupun ibu dan ayah tidak mahu menyusahkan anak-anak, tapi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memenuhi […]

Trending Tue, 28 Nov 2017

Hujan Lebat Kategori Bahaya Bagi Negeri Pantai Timur

Memandangkan sekarang musim hujan, negeri Pantai Timur antara lokasi yang diramalkan bakal menerima hujan lebat kategori bahaya. Malaysian Meteorological Department telah megeluarkan amaran tentang bahayanya hujan lebat yang bakal turun

Hiburan Sun, 29 Oct 2023

Kongsi Berita Gembira, Jasmin Hamid Kini Bebas Kanser Rahim

Alhamdulillah! Semoga rawatan seterusnya dipermudahkan, Amin🤲🏻

Featured Thu, 25 May 2023