Categories: Trending

Tahniah! Scha Al-Yahya Disahkan Hamil Anak Kedua

Akhirnya Lara Alana anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya ini mengumumkan ibunya itu sedang hamil sambil menunjukkan alat pengesan kehamilan menerusi muat naik video di laman instagram Awal Ashaari.

Menurut Awal, Scha kini sedang hamil empat bulan dan menyifatkan berita gembira ini sebagai hadiah ulangtahun kelahirannya yang paling bermakna.

Doa yang terbaik buat kami sekeluarga

Dalam masa yang sama, Awal meminta doa dari semua peminat beliau dan Scha agar sentiasa mendoakan yang terbaik buat keluarga dan kandungan isterinya itu.

Pengumuman berita gembira menerusi akaun instagram Awal itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada followers dan rakan artis.

Apapun, kita doakan yang terbaik buat Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan Lara Alana!

Salma Syahbuddin