Trending By: Padin May 20, 2022 @ 6:51pm

“Tak Ada Penyakit Cari Penyakit… Banyak Lagi Benda Boleh Buat” – Video Wanita Ini Santuni Anak-Anak HIV & AIDS Jadi Perdebatan Netizen

Sebuah video yang dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Shasa Aziz menarik perhatian warganet.

Mengadakan lawatan ke rumah perlindungan Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV / AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim) untuk menyantuni anak-anak dijangkiti HIV dan Aids, perkongsian Shasa menimbulkan stigma sesetengah netizen yang kurang cakna.

“Hish you ni, tak ada penyakit cari penyakit banyak lagi benda boleh buat nak juga gigih pergi jumpa budak-budak HIV semua bagai ni memang undang naya,” komen seorang netizen.

Stigma terbabit turut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dan ia meraih perhatian ramai.

Sesetengah warga Twitter berdebat mengenai perkara terbabit dan tweet tersebut meraih 542 ulang kicau dan 878 tanda suka.

Beberapa orang doktor yang aktif di Twitter turut memberikan reaksi terhadap tweet terbabit untuk melawan stigma masyarakat.

Menjengah ke Instagram Shasa, wanita ini turut mengulas mengenai stigma yang diterima.

“I don’t normally share this but, I feel like I need to. Sha tak expect video yang Sha posted a few days ago menarik perhatian some Instagram users.

“Ramai yang terkejut tindakan Sha memegang adik Siti yang postive AIDS. First of all, my intention was to bersedekah, selain nak hadiahkan Gift Box @olaolihq Travel Kit sekali gus meraikan Ramadan dengan anak-anak anugerah ni. Tak expect boleh bersua rapat.

“Just to share, Sha dah buat body check, I’m fine sihat and no open wounds (luka terbuka) for precaution. So kita taklah datang bawak gloves sebab hakikatnya HIV or AIDS cannot be transmitted via touching unless ada open wound.

“Maka demi untuk betul-betul capai objective and intention kita, Sha tak pakai gloves, lagipun ia untuk menjaga hati anak-anak ni,” tulisnya yang menegaskan HIV atau AIDS tidak mudah untuk berjangkit kepada orang lain.

Shasa yang merupakan seorang doktor pakar audiology dan juga usahawan Ola Oli yang memasarkan SuperOla, suplemen untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kanak-kanak turut memuji usaha pengasas PERNIM, Datin Norlina Alawi yang mengorbankan masa dan tenaga menjaga anak-anak ini.

“Buat pertama kalinya menjejakkan kaki di PERNIM dan pengasasnya, Datin Norlina Alawi seorang figura yang berjiwa besar.

“So lepas launch Ola & Oli hari tu, Sha selalu fikir mana lagi nak buat CSR ni kan, selalu asyik anak yatim je so this time, Sha try pula cari anak-anak HIV. Something different cause SuperOla is all about immune system right! Jadi macam kenalah dengan anak-anak HIV / AIDS ni yang sememangnya memerlukan makanan tambahan untuk increase imunisasi badan mereka.

“Macam dalam video ni, I sempat berbual dengan seorang pesakit AIDS yang dah memang kritikal. Nama dia Siti (dapat izin to share)

“Mama Norlina bukan saja mengambil dia sebagai anak angkat sejak kecil, malah menjaganya sampai sekarang bahkan turut mengislamkan Siti dan abangnya. Mulianya hati Mama. Siti dpt virus HIV yang currently dah convert to AIDS daripada ibunya.

“Sebak sangat bila tengok Siti yang dalam keadaan lumpuh, buta dan ada jangkitan kuman dalam otak & constantly cakap yang dia sayang Mama Norlina,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen hantaran Instagram Shasa, wanita ini meraih pujian netizen kerana membantu anak-anak HIV dan AIDS serta menghentikan stigma buruk terhadap penghidap penyakit tersebut.

“Proud of you, some people need to be educate more about HIV/AIDS disease plus precaution,” komen seorang pengikut Shasa.

“Spread the awareness. Just touch them. Hug them. Kiss them. The real killer is stigma. The disease is easily managed in this day and age and it does not transmit with touch,” tulis seorang wargamaya.

“Good you raise the awareness. AIDS ni ramai sangat ada stigma sampai pegang pun masih rasa boleh berjangkit,” ujar seorang netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 25 Apr 2021

Dia Bagiku Serlah Emosi Keperitan Cinta Tiga Segi

Dah lah cantik, suara pun sedap lahai…

Featured Thu, 9 Sep 2021

“Ini Soal Nyawa!”- Che Ta Takkan Bekerjasama Dengan Pelakon Enggan Ambil Vaksin

Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mengakui tidak akan berkerjasama dengan mana-mana pelakon yang belum atau tidak mahu mengambil vaksin. Menurutnya, tidak logik sekiranya terdapat segelintir produksi yang

Trending Fri, 6 Nov 2020
Hiburan Sat, 19 Dec 2020

Ernie Zakri Tidak Letak Harapan Menang Vokal Terbaik Pada AJL35

Tak sabar nak tengok persembahan Ernie Zakri di AJL35

Trending Sun, 14 Feb 2021

“Darah Merata-Rata, Degupan Jantung Jadi Laju” – Awal Ashaari Cerita Pengalaman Kelahiran Anak Kedua

Pengacara Melodi, Awal Ashaari mencoretkan pengalaman melihat proses kelahiran anak keduanya. Menerima kehadiran bayi perempuan pada Jumaat lalu, Awal menceritakan pengalaman terbabit menerusi sebuah hantaran terbaru di laman Instagram miliknya. “The calm before the storm.

Featured Wed, 29 Dec 2021

Rider Pelik Pelanggan Tak Suruh Naik Hantar Makanan, Rupanya Ambil Makanan Pakai Baldi!

Dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di negara ini, cara terbaik ialah rakyat bertindak bijak dengan mendisiplinkan diri bagi mematuhi arahan Prosedur Operasi Standard (SOP). Begitu juga dengan situasi seorang pelanggan yang memesan makanan

| Live TV