Trending By: Padin December 9, 2020 @ 3:58pm

“Tak Boleh Dengar Komen Pedas? Berhenti Sahaja Menyanyi!” – Mas Idayu

Penyanyi Mas Idayu yang kini menjadi juri program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) mengakui dia tegas dalam berkongsi ilmu kepada bakat muda dalam bidang nyanyian.

Meluahkan isi hati di laman Instagram miliknya, wanita yang mesra dengan sapaan Mommy ini turut mengakui dia mempunyai sebab tersendiri untuk bersikap garang.

“Inilah saya. Bekerja dengan kawan-kawan, saya pasti akan jadi diri saya sendiri, benci? Makian, cacian, hak manusia, tanggungjawab saya bukan untuk orang benci, bukan itu yang saya hebahkan.

“Yang saya hebahkan perkongsian illmu saya, pengalaman saya selama saya dlm industri, untuk bakal anak seni yang bakal tumbuh… Dari awal saya ni memang tegas, garang, sensitif dan penyayang , sebab tu saya marah!

“Berlakon atau drama? Itu bukan saya! Saya ikhlas! Kejujuran dan keikhlasan mungkin orang kita ni tak suka.. Tapi saya nak jadi siapa? Untuk memuji talents demi merosakkan mereka?” tulis Mommy.

Tambah penyanyi lagu Bolehlah Boleh ini, dia juga tidak meminta juri lain untuk menjadi seperti dirinya.

“Saya juga tak minta semua yang pernah jadi juri, jadi seperti saya… Saya memang macam ni, jangan ikut cara saya, kerana saya cara orang kampung mengajar, sebab tu saya mengajar anak didik saya @black.hanifah cara kampung saja.

“Inilah cara saya, semua juri ada cara tersendiri. Saya takkan ikut kalau saya tak suka , yang mengenali saya pasti akan kenal karekter saya. Terima kasih @byajai @haelhusaini bisa kerja sama gue! Yg enggak suka lu kerja aja sendiri! Nggak bisa dengar komen pedas? Stop aja nyanyi!” tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu ‘Naik Angin’ Di Pentas LCK2? Jom Recap Ranking & Komen Penuh Juri Di Episod 4

Sebelum ini, tindakan Mommy memberi kritikan kepada peserta LCK2 menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mulut Pun Jagalah, Jangan Cakap Macam Kau Hebat Sangat” – Netizen Berdebat Cara Kritikan Mas Idayu Di LCK2

Selain Mommy, penyanyi Hael Husaini dan komposer Ajai turut duduk di kerusi juri program terbabit.

Apapun, jangan lupa saksikan LCK 2 pada setiap Ahad jam 9 hanya di TV3 dan ia juga boleh di strim secara LIVE HD di  www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 30 Mar 2018

China Implements “Chinese Card” For Chinese Born Outside of the Country

China has been coming up with interesting things lately.

Trending Sat, 29 May 2021

Yura Yunita Perkenalkan Tenang di Malaysia

Penyanyi popular Indonesia, Yura Yunita telah melancarkan lagu terbaharunya yang berjudul Tenang di Indonesia pada April lalu. Berkongsi lagu dan perasaan yang sama, Yura berbesar hati melebarkan halwa telinga ini ke pendengaran peminat di Malaysia. […]

Featured Wed, 25 May 2022

Bekas Suami Ziana Zain Terlepas Hukuman Penjara

Armin Zaharin digugurkan hukuman penjara lapan bulan tetapi dikenakan denda sebanyak RM8,000.

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Trending Thu, 24 May 2018

Kritik Atas Talian, Trump Tidak Boleh Sekat Pengguna Twitter!

Menyekat akses ke akaun @realDonaldTrump milik presiden tersebut dianggap melanggar hak kebebasan bersuara yang dijamin dalam Pindaan Pertama Perlembagaan.

Featured Wed, 20 Oct 2021

Fauzi Nawawi Dikecam Kerana Kongsi Kisah Lakonkan Babak Rog*l Dengan Raja Farah, Ini Respons Empunya Badan & Suami

Pelakon terkenal, Fauzi Nawawi tular di media sosial semenjak semalam apabila berbicara mengenai satu babak panas dalam filem Anak Halal yang melibatkan dirinya bersama pelakon wanita, Raja Farah. Tular satu rakaman video di Twitter semalam […]