Trending By: Padin December 9, 2020 @ 10:43am

Tak Nak Buang Masa… Kalau Jumpa Jodoh, Zizan Razak Akan Terus Ajak Kahwin

Pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Razak menganggap jodohnya masih belum tiba biarpun hampir semua wanita yang pernah dikaitkan dengan dirinya sudah mendirikan rumah tangga.

Menurut Zizan, jika dia sudah bertemu dengan gadis yang tepat, dia enggan membuang masa dan mahu terus melangkah ke gerbang perkahwinan.

“Saya dah berusia 36 tahun. Siapa yang tak mahu mendirikan rumah tangga? Tapi saya positif, jodoh saya masih belum tiba lagi.

“Semua orang mahu berkahwin, tapi buat masa ini, saya malas untuk memikirkan sangat mengenai perkara ini kerana lebih baik saya menghabiskan masa terhadap kerjaya seni dan bidang perniagaan yang saya ceburi.

“Insya-Allah, bila tiba waktunya nanti, saya bertemu gadis yang tepat dan keluarga masing-masing tiada halangan, saya mahu terus mendirikan masjid tanpa perlu membuang masa,” katanya.

Zizan ditemui pada majlis pelancaran perasa baharu snek Dorylicious bersama rakan kongsi, Nabil Ahmad dan Achey serta pengasas, Mohd Faizal Aminuddin di Ibu Pejabat Dorylicious, Batu Caves, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zizan juga mengakui dia mempunyai ramai kawan wanita dan lebih selesa bersahabat sahaja.

“Saya ramai kawan perempuan, tapi saya rasa lebih selesa bersahabat sahaja. Nak mencuba lebih jauh tu, saya rasa perkara terbabit akan merosakkan persahabatan. Seperti contoh, jika di laman sosial Instagram, saya suka mengusik rakan-rakan artis perempuan.

“Nampak macam nak ‘try’, tapi itu hanya sekadar gurauan di Instagram sahaja. Tapi, tetap akan ada orang gembar-gemburkan. Kalau saya nak betul-betul memikat mereka, tak payah letak ayat manis di Instagram. Saya ada nombor telefon mereka, boleh terus mesej sahaja.

“Orang salah faham kerana semuanya sekadar gurauan sahaja. Saya serahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah. Buat masa ini, saya lebih selesa kerja dan terbaru, saya mahu bantu orang berniaga. Siapa yang mahu cari duit lebih dan hilang pekerjaan, boleh menjadi ejen snek yang saya usahakan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 14 Jun 2022

Yakin Mahu Ganti Justin Bieber Buat Konsert, Iqbal Zulkefli Dicemuh Netizen – “Saya Syorkan Pendam Je Bakat Tu”

Alahai netizen pun, Iqbal bergurau je tu 😂 Tapi kalau betul Iqbal nak ganti Justin Bieber korang nak pergi tak konsert? 🤪

Trending Mon, 22 Feb 2021

“Tergelak Sampai Tercabut Gigi Palsu” – Netizen Pecah Perut Tonton Persembahan Sharifah Shahira Tiru Gaya Ella di Famili Duo

Aksi pengacara dan pelawak Sharifah Shahira atau Shiera bersama anaknya, Tallisya berentap di episod kedua program Famili Duo malam tadi meraih perhatian netizen. Di pusingan muzik video, Shiera dan Tallisya berjaya menyampaikan lagu Hopelessly Devoted

Trending Sun, 8 Dec 2019

Eropah Bakal Terima Gelombang Panas Melampau Setiap Tahun

Eropah bakal berhadapan dengan gelombang panas melampau setiap tahun dan kehilangan separuh daripada hasil tuaian pada masa depan kecuali terdapat usaha yang agresig diambil untuk mengatasi perubahan iklim. Menerusi laporan oleh agensi alam sekitar Kesatuan

Trending Wed, 30 May 2018

Elak Masalah Gangguan Seksual, Arab Saudi Perkenal Undang-Undang Baharu

Antaranya adalah hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sebanyak 300,000 riyal (RM318,126), kepada pesalah jika sabit kesalahan.

Trending Tue, 30 Mar 2021

Kumpulan Antarabangsa COLDPLAY Jadikan Malaysia Lokasi Pertama, Taja Interceptor 005

Bagusnya, walaupun nampak kecil tapi besar maknanya ☺

Featured Fri, 20 Mar 2020
Featured Fri, 23 Sep 2022

Reda Jika Kurang Tawaran Berlakon Selepas Diserang Angin Ahmar, Haeriyanto Utamakan Pulih Kesihatan

Semoga Haeriyanto kembali sihat dan pulih daripada segala penyakit aamiin 😊

| Live TV