Categories: Trending

Tak Pernah Order Dan Teruskan Tradisi Buat Biskut Raya Sendiri, Tunku Permaisuri Agong Di Puji Rakyat!

Berbaki beberapa hari sahaja lagi, rata-rata rakyat Malaysia kini sedang sibuk menyediakan persiapan raya termasuklah, juadah pagi raya dan biskut raya walaupun realitinya sambutan pada tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya akibat penularan wabak Covid-19.

Justeru itu, bagi KDYMM Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baginda tidak melepaskan peluang dalam penyediaan biskut raya yang semestinya menjadi kegemarannya.

Menerusi perkongsian baginda di instagram, Tunku Azizah sempat memuat naik gambar biskut raya yang menjadi tradisi keluarganya.

Menurut Tunku Azizah, sejak dahulu lagi baginda bersama-sama anakanda-anakanda perempuan turut melakukan persiapan Hari Raya bersama-sama termasuklah membuat biskut raya sehinggalah ke persiapan dewan untuk hari terbuka.

Manakala, baginda meneruskan tradisi ini semenjak mendirikan rumah tangga bersama YDPA.

Tunku Azizah turut memaklumkan, baginda juga sedang mendidik puteri-puteri baginda dalam persiapan membuat biskut raya sendiri.

Persiapan Tunku Azizah ini ternyata mendapat pujian dari rakyat apabila ramai yang memuji sikap Tunku Azizah dalam mendidik anakanda baginda terutamanya dalam penyediaan biskut raya menjelang aidilfitri nanti.

Salma Syahbuddin