Featured By: Yanie Baharom May 11, 2020 @ 6:23pm

Tak pernah-pernah video dapat tontonan ramai, disebabkan emak terus tular. Comel betul Ikhlas dan ibunya!

 

Siapa yang sudah menonton video ‘pisau last dekat mana ‘ lakonan pelakon meningkat naik, Ikhlas Jalil dan ibunya

Gelagat dua beranak itu bukan sahaja comel, malah ramai memuji lakonan ibunya bagaikan seorang profesional. Patutlah Ikhlas pun handal beraksi, warisi bakat ibu rupa-rupanya.

Ikhlas atau nama sebenarnya, Hizatul Ikhlas Abdul Jalil, 28, berkata video itu dibuat secara suka-suka, namun tanpa disangka berjaya menarik perhatian warga siber sehingga mencecah satu juta tontonan dalam laman sosial sejak dimuat naik beberapa hari lalu.

Foto: Instagram Ikhlas Jalil

Beliau akui terkejut dengan sambutan luar biasa yang diberikan warga siber terhadap video ‘pisau last dekat mana’, tambahan pula pelbagai video yang pernah dihasilkan sebelum ini kurang mendapat sambutan.

“Video ini merupakan satu kejayaan untuk saya. Sebelum ini pun saya banyak buat video, tetapi tidak pernah ada yang cecah satu juta tontonan,” katanya kepada satu portal hiburan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aku pun musykil lah. Last kat mana tadi ?

A post shared by @ ikhlasjalil on

Tambah pelakon filem Ratu Kala Jengking itu, idea video berkenaan tercetus daripada kejadian sebenar yang berlaku antara dia dengan ibunya.

“Pagi sebelum video itu dirakam, mama memang betul-betul hilang pisau memasak di tempat yang sama seperti dalam video.

“Mama mungkin terlupa dia meletakkannya di tiang rumah selepas mengerat daun pandan. Tiba-tiba saya mendapat idea sesudah kejadian itu dan mengolah jalan cerita supaya tampak komedi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Nov 2019

Remaja Maut Lepas Minum Racun Kerana Tertekan Diejek Rakan

Bertindak meminum racun seraangga kerana tidak tahan ejekan dari rakan-rakannya kerana dia berasal dari keluarga yang miskin

Trending Sun, 14 Jul 2019

Alahai…Budak Sekolah Pun Dah Pandai Vape Ke?

Anda nak rosakkan diri, silakan. Jangan pengaruhi anak-anak kecil ini. Tolonglah… saya merayu!

Featured Wed, 4 Apr 2018

Menu Popular Kari Kambing 40 Hari Di Johor Buat Ramai Terliur

Menariknya, restoran ini berkonsepkan layan diri iaitu pelanggan perlu beratur untuk mendapatkan sepinggan nasi Arab, ayam atau kambing dengan harga RM13 sahaja!

Featured Thu, 21 Oct 2021

Netizen Kagum Anak Aliff Syukri Baru Umur 4 Tahun Dah Berani Naik ‘Flying Fox’

Putera bongsu kepada usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, Yusoff Al Qardawi telah menarik perhatian orang ramai dengan keberaniannya. Baru-baru ini, Yusoff sekali lagi menunjukkan keberaniannya dengan menaiki ‘flying

Trending Wed, 22 Apr 2020
Trending Thu, 9 Apr 2020

| Live TV