Trending By: Salma Syahbuddin May 5, 2021 @ 12:12pm

Takbir Raya & Solat Aidilfitri Hanya Dibenarkan Jika…

Menerusi sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) sempena sambutan Aidilfitri pada 13 Mei ini hanya membenarkan beberapa aktiviti sahaja dilaksanakan jika ianya termasuk dalam lokaliti kawasan yang dibenarkan.

Ini termasuklah, takbir raya dan solat sunat Aidilfitri yang hanya dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

Takbir, jamuan, rumah terbuka & ziarah kubur di kawasan PKPD tidak dibenarkan

Kebenaran pelaksanaan takbir raya di masjid dan surau dibenarkan mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Namun, bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pelaksanaan takbir raya adalah TIDAK dibenarkan.

Selain itu, bagi pelaksanaan solat sunat hari raya adalah dibenarkan berlangsung di masjid dan surau, namun dengan jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

MKN juga memaklumkan bahawa, jamuan selepas solat hari raya di masjid atau surau, rumah terbuka hari raya, ziarah tanah perkuburan TIDAK  dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.

Namun, bagi kawasan PKPB dan PKPP, jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau adalah dibenarkan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri.

Malah, Jawatankuasa masjid atau surau digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang bagi mengelakkan kesesakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 25 Jan 2019

Wanita ini didera suaminya kerana tidak melaram ketika menghadiri majlis keramaian

Lelaki terbabit bertindak sedemikian kerana malu dengan kawan-kawannya.

Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Hiburan Tue, 4 Oct 2022
Trending Sun, 21 Jul 2019

Rakaman Gadis Pijak Al-Quran, Apa Kata Bapa?

netizen dinasihatkan agar tidak terus menghukum keluarga mangsa

Trending Wed, 25 Nov 2020

Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Asnaf Terjejas Covid-19

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka

Trending Mon, 22 Jun 2020