Categories: Trending

Takdir Yang Tertulis Finale! Ramai Jangka ‘Plot Twist’ Berlaku, Ada Netizen Siap ‘Ajar’ Pengarah Lagi

Boleh dikatakan drama rantaian paling kontroversi dinobatkan kepada drama Takdir Yang Tertulis yang bakal menemui peminatnya menerusi episod akhir malam ini.

Rata-rata netizen menjangkakan ‘plot twist’ berlaku di penghujung drama ini, namun tidak kurang juga yang meramalkan kesudahan drama ini berakhir dengan ‘happy ending’ apabila Ean dan Juweta berkahwin dan Mika milik mereka. Tapi, bagaimana pula dengan Ila dan Azlan?

The finale gonna be epic!

Menerusi hantaran dilaman Twitter, netizen mengharapkan ada kesudahan yang baik buat semua watak dalam cerita ini. Namun, adakah mungkin drama terbitan Radius One kali ini akan memberikan penonton jalan cerita yang skeptikal atau benar ‘storyline’ di luar tekaan peminat setianya.

Wow, netizen siap ‘ajar’ Tuan Director lagi…

Geram atau terlalu terbawa-bawa dengan emosi yang tunjukkan oleh para pelakon dalam drama ini maka, tidak hairanlah jika ada segelintir netizen dilihat cuba untuk mengajar pengarah mengenai perjalanan cerita Takdir Yang Tertulis. Wow!

Amboi, sampai macam tu sekali netizen ‘ajar’ pengarah ye!

Apapun kesudahan cerita Takdir Yang Tertulis malam ini, pastikan korang jangan terlepas untuk saksikan drama ini pada jam 10 malam hanya di TV3!

 

Salma Syahbuddin