Trending By: Padin January 29, 2021 @ 6:06am

Tampilkan FT, Nana, Jac & Tuju, Jom Suntik Semangat Positif Menerusi #BaikSemula

Pandemik COVID-19 sememangnya dirasai oleh semua warga dunia dan rakyat Malaysia juga tidak terkecuali.

Memburukkan lagi keadaan, beberapa bahagian negara kita ditimpa bencana banjir besar yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan turut meninggalkan kesan tragik kepada beberapa keluarga mangsa yang kehilangan anggota keluarga.

Untuk menyuntik semangat positif, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) berbesar hati dapat bekerjasama dengan penaja utama, McDonald’s Malaysia, penaja bersama, Celcom XPAX dan Sabella serta rakan penaja Shell memperkenalkan inisiatif #BaikSemula agar rakyat Malaysia terus bangkit dan tabah meneruskan kehidupan harian.

#BaikSemula merupakan sebuah lagu istimewa yang dibawakan oleh AJL35 bertujuan untuk menyuntik semangat baharu rakyat Malaysia dengan kerjasama Ronald McDonald House Charities Malaysia #untukRMHCMalaysia.

#BaikSemula, sebuah hasil karya Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Karim Karam dan Tuju K-Clique yang didendangkan oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique mengisahkan pelbagai cabaran yang telah rakyat Malaysia harungi.

Namun, perjuangan menentang pandemik COVID-19 masih belum tamat dan dengan norma baharu, kita harus terus berjuang dan tidak melupakan tanggungjawab kita bersama demi #BaikSemula!

#BaikSemula ini turut menyeru penyokong setia AJL35 untuk mengikut trend #BaikSemula di media sosial sebagai tanda kebangkitan semula semangat rakyat Malaysia. Kongsikan #BaikSemula versi anda bersama kami!

1. Rakam video anda menyanyi atau membuat cover lagu #BaikSemula

2. Muat naik video anda di Media Sosial Facebook, Instagram, twitter, YouTube atau di Aplikasi TikTok

3. Sertakan #BaikSemulaCover #BaikSemula #AJL35 di dalam video anda

4. Video terpilih akan dipaparkan di Malam Anugerah Juara Lagu 35 dalam persembahan istimewa Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique dan Siti Nordiana!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 18 Jan 2023

Hafidzah Hassan Tampil Buka Mulut Isu Penarikan Diri Libatkan Kes Siti Bainun -“Peguam Tarik Diri Perkara Biasa”

Susulan perbicaraan kes melibatkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, yang dilaporkan kini bersendirian tanpa diwakili peguamnya masih menjadi tanda tanya rata-rata masyarakat sehingga ke hari ini. Malah, sebelum memulakan prosiding perbicaraan pada

Trending Sat, 13 Mar 2021

Yonnyboii Bergabung Dengan Penyanyi Indonesia, Filipina & Thailand

Sejajar dengan pelancaran filem Disney berjudul ‘Raya And The Last Dragon’ dan untuk meraikan filem Walt Disney Animation Studios yang pertama berinspirasikan budaya Asia Tenggara, empat artis muzik terkenal yang berasal dari Indonesia, Filipina, Thailand

Trending Wed, 14 Apr 2021

Ini Tanda-Tanda Amalan Puasa Anda Diterima

Semoga kita sentiasa istiqamah..

Trending Tue, 8 Oct 2019

“Bukan Bahasa Ibunda Saya”

Tak Malu Kalau Bahasa Inggeris Tak Betul – Raih Perhatian Netizen

Trending Wed, 2 Dec 2020

PKPB : SOP Benarkan Aktiviti Scuba Diving Di Sabah

Semoga ada berita baik buat industri pelancongan

Trending Wed, 24 Oct 2018

Selepas 110 Tahun, Akhirnya Kapal Titanic II Akan Sambung Belayar Ke New York Pada Tahun 2022

Titanic II akan berlayar dari Southampton menuju ke New York.

Trending Wed, 25 Jul 2018

Penyanyi Demi Lovato Dikejarkan Ke Hospital Kerana Overdose, Kini Stabil

Dia kini bersama keluarganya di sebuah hospital di Los Angeles

| Live TV