Trending By: Attiqah Mohd April 16, 2019 @ 11:22am

Tanda Dunia Akhir Zaman, Masjid Al Ahmar Dijadikan Kelab Malam

Sebuah masjid bersejarah di wilayah Palestin telah diubah menjadi sebuah kelab malam. Permohonan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Israel yang menukar masjid bersejarah itu menjadi sebuah bar dan dewan perkahwinan telah mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Israel di wilayah Safad.

Masjid Al Ahmar dibina pada abad ke-13 dan namanya kini ditukar kepada Khan Al Ahmar. Ia mula diceroboh pelampau Yahudi pada 1948.

Masjid terebut juga sudah berulang kali diubah fungsi, bangunan masjid ini pernah menjadi sekolah Yahudi, kemudian pusat bagi kempen pilihan raya Parti Likud dan kemudian kedai pakaian sebelum ditukar kepada kelab malam.

“Masjid Al Ahmar mendapat namanya kerana ia dibina menggunakan batu berwarna merah. Hari ini, masjid itu dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat bagi penduduk Muslim. Masjid ini mempunyai nilai sejarah dan seni bina tersendiri. Ia dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar (1223-1277 Sebelum Masihi),” kata ahli sejarah dan penduduk tempatan, Mustafa Abbas.

Tambahnya, penduduk Islam yang melawat masjid berkenaan sering berdepan serangan pendatang Yahudi.

Sementara itu, Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari berkata beliau menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.

Beliau berkata semua dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan telah diserahkan kepada pihak mahkamah.

Pihak berkuasa Israel secara sistematik menceroboh tapak-tapak Islam di wilayah Palestin yang diduduki dengan tujuan untuk menghapuskan identiti mereka.

Beberapa tahun lalu, rejim Zionis dilihat sengaja mencetuskan konfrontasi apabila membuka beberapa bar dan pusat hiburan berhampiran Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga umat Islam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Thu, 5 Jan 2023

“Tak Adil Menilai Saya Jika Tidak…” – Siti Khadijah Halim Dituduh Sombong?

Kena kuat kalau jadi selebriti ni kan? Semoga bertabah Siti

Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Mon, 20 Mar 2023

Raffi Ahmad Kantoi Curang! Video Call Bekas Pekerja Dalam Bilik

Serius lah? Punya sayang mas Raffi sama mbak Nigita😱

Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Wed, 6 Jul 2022

[VIDEO] “Sepatutnya Saya Ganyang Dia!” – Puteri Sarah Dedah Kisah Sebenar ‘Permainan’ Ira Kaza, Harap Kes Masuk Bawah Isu Jenayah

Betul juga kan? Teruk mental Puteri Sarah diganggu. Terus maju kehadapan. Ramai yang menyokong awak dari belakang. Min doakan semuanya dipermudahkan, Never Look Back!