Trending By: Padin November 23, 2021 @ 2:22pm

“Tangan Saya Menggigil & Jadi Berpeluh” – Pernah Hadiri Uji Bakat, Maya Karin Dedah Sebab Terlepas Watak Filem Crazy Rich Asians

Pelakon wanita tersohor, Maya Karin atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke, 42, mendedahkan masalah kebimbangan melampau (anxiety) menjadi penyebab dirinya terlepas dua peranan besar.

Menurut Maya, dia gagal memberikan yang terbaik persembahan terbaik sewaktu sesi uji bakat teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan filem antarabangsa, Crazy Rich Asians.

“Ia bermula sekitar tujuh atau lapan tahun lalu. Saya sendiri tak tahu apakah puncanya tapi bapa saya kata, ia mungkin kerana saya terlalu kuat bekerja sampai badan saya tak cukup rehat.

“Ketika ujibakat dua peranan terbabit, dek kerana anxiety, saya gagal lakukan yang terbaik. Tangan saya menggigil dan jadi berpeluh.

“Bagaimanapun, selepas lapan tahun, saya kini sudah boleh mengawal anxiety tersebut selepas mendapatkan nasihat pakar perubatan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

Dalam pada itu, aktres yang pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali itu mengakui kini sedang didekati oleh beberapa orang jejaka.

Namun begitu, Maya mahu memberikan fokus terhadap perjalanan kariernya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal cinta.

“Buat masa ini memang ada la tiga ke empat calon lelaki yang saya sedang kenali. Ada seorang dari Australia. Tetapi untuk ketika ini, saya lebih selesa untuk menumpukan perhatian terhadap kerjaya saya dahulu.

“Lagipun ada teater dan beberapa karya seni yang sedang saya fokus dan itu menjadi keutamaan saya dahulu,” katanya yang bakal muncul dalam teater muzikal Puteri Santubong The Warrior Princess yang dipentaskan pada 11 dan 12 Disember hadapan.

Maya berkongsi perkara terbabit pada sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni, menerusi topik Aku Pelakon Terbaik pada Isnin.

IG Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS) itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember ini.

Mengangkat topik, Aku Pelakon Terbaik, sesi Live IG itu dikendalikan moderator yang juga dua editor hiburan, Saharudin Mohd Musthafa, Roslen Fadzil dan Farihad Shalla Mahmud.

Selain itu, beberapa sesi Live IG turut pemain terkemuka industri seni akan diadakan sepanjang sembilan hari, bermula kelmarin hingga 29 November depan.

Selain topik Aku Pelakon Terbaik, dua lagi topik diketengahkan iaitu Jadi Pengarah Tanpa Gagal membabitkan Syamsul Yusof, Mawi dan Yana Samsudin. Manakala topik How To Make A Drama Go Viral – The Magic Formula pula menampilkan Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida dan Fadzil Teh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 Dec 2020
Featured Tue, 17 Jan 2023
Hiburan Thu, 21 Dec 2023

Ainan Tasneem Nak Buat Mini Konsert? Siap Ada Sesi Tazkirah Daripada Ustazah & Terbuka Untuk Perempuan Sahaja

Ainan bakal adakan mini konsert? Bila tu? Min sangat-sangat excited😍😲

Featured Thu, 18 Aug 2022
Trending Fri, 13 Dec 2019

Skuter ”First Medical Respond” Dari KKM

Atasi Jalan Jammed & Ambulans Lewat

Featured Fri, 15 Apr 2022

Akhirnya Hak Jagaan Anak Vanessa Angel Selesai, Gala Sky Diserah Kepada Bapa Mertua

Akhirnya hak penjagaan anak kepada pasangan Allahyarham Vanesza Adzania atau lebih dikenali sebagai Vanessa Angel dan Bibi Adriansyah akhirnya selesai apabila hampir lima bulan perkara ini menjadi kes mahkamah. Memetik laporan Tribunnews, hak penjagaan anak […]