Trending By: Salma Syahbuddin September 28, 2020 @ 3:30pm

Tangisan Hati Yang Derita ‘Hidup Kembali’, Nyanyian Aina Abdul Bikin Netizen Goosebumps!

Minggu kelima dalam Immortal Song pastinya antara episod yang ditunggu-tunggu oleh peminat setia program ini. Mana taknya, episod kali ini menampilkan Datuk Khadijah Ibrahim, seorang lagenda dalam industri nyanyian. Beliau bukan sahaja mempunyai ton tersendiri, malah kredibiliti beliau sebagai seorang penhibur lagenda harus dijadikan contoh bagi penyanyi muda di Malaysia.

Datuk Khadijah Ibrahim

Minggu ini, barisan penyanyi yang bakal membawakan lagu-lagu nyanyian beliau turut menggalas tanggungjawab dalam menghidupkan semula lagu yang pernah didendangkan oleh Datuk Khadijah Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan ibu ini dengan cara dan kreativiti masing-masing.

Memang layak dapat Standing Ovation!

Pentas Immortal Song dihangatkan lagi dengan persembahan memukau oleh penyanyi Aina Abdul menerusi lagu ‘Tangisan Hati Yang Derita’.

Rata-rata netizen pada mulanya tidak mengetahui lagu ini adalah nyanyian Datuk Khadijah Ibrahim sehinggalah ianya didendangkan oleh Aina di pentas Immortal Song semalam.

Persembahan Aina ini juga turut mendapat standing ovation dari penyanyi asal lagu ini yang menganggap lagu dan gubahan Tangisan Hati Yang Derita ini sangat bagus dan mantap. Wow!

“Saya berharap kita boleh bertanding dengan lagu yang sama suatu hari nanti “

“Atau, kita boleh menghasilkan lagu duet”

Datuk Khadijah Ibrahim | Penyanyi

Netizen label Aina Abdul sebagai “Malaysia Sweetheart”

Ternyata netizen juga bersetuju dan menganggap persembahan Aina Abdul begitu memukau sehingga sesetengah mereka melabel penyanyi kecik molek dan berbakat ini sebagai Malaysian Sweetheart.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya persembahan yang sarat dengan emosi dan arrangement lagu yang mantap ini berjaya dinobatkan sebagai juara pada minggu kelima. Tahniah Aina!

Bagaimanapun, netizen juga berpendapat kesemua persembahan di pentas Immortal Song pada minggu ke-5 ini berjaya mencuri perhatian penonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Jul 2021

Tiada Sebarang Pergerakan Selepas 8 Malam Bermula Esok – MKN

Bukan selama ni pun memang tak bagi keluar lepas pukul 8 malam ke?

Trending Wed, 27 Jan 2021

Ini Cara Semakan BPN 2.0 Fasa 2 Kategori M40

Ikuti langkah mudah yang disediakan

Trending Sat, 18 Dec 2021

Tawar Hadiah Wang Tunai, Skuad Didik Beri Peluang Murid Jadi Wartawan Penyiaran

Saluran hub pendidikan Malaysia, DidikTV KPM, menerusi platform ntv7 kini memberi peluang kepada murid-murid berusia antara 7 hingga 17 tahun untuk menjadi wartawan penyiaran muda! Aktiviti menarik ini dianjurkan khas untuk memberi pendedahan awal kepada […]

Featured Fri, 23 Apr 2021

Pemeriksaan Terhadap Pelajar Datang Bulan Di Sekolah Tidak Sepatutnya Berlaku – Rina Harun

Susulan berita yang tular di laman sosial mengenai sebuah sekolah yang melakukan pemeriksaan datang bulan terhadap pelajarnya, malah mereka mendakwa turut diminta membuka pakaian dalam bagi membuktikan mereka sedang dalam haid dan tidak boleh berpuasa. […]

Trending Tue, 24 Apr 2018

Dia Petik Nama Saya – Ini Sebab Kenapa Che Ta Serang Kak Zai

Che Ta marahkan Kak Zai kerana bersebab. Apa agaknya ya?

#ThrowbackXTRA Wed, 12 Apr 2023