Trending By: Yanie Baharom April 3, 2018 @ 1:46pm

Tarian Alien Hijau Buat Dame Tu Cosita Tular, Caras Populariti Lagu Panama

Sesudah Panama Dance tular di seluruh negara dan mampu membuat para pendengarnya terasa ingin turut serta menari, kini lagu Dame Tu Cosita pula mencuri tumpuan.

Panama merupakan sebuah lagu dinyanyikan oleh Matteo yang dimuat naik menerusi laman Youtube sejak tahun 2013. 

Panama Dance mula menjadi popular selepas tarian itu dilakukan oleh artis Korea menerusi program realiti Law of The Jungle in Panama. Selain itu, ramai juga yang telah membuat Panama Dance Challange termasuk golongan selebriti.

Manakala Dame Tu Cosita dinyanyikan oleh El Chombo, pula tular baru-baru ini. Apa yang menariknya mengenai lagu ini selain irama yang menangkap,  muzik video lagu berkenaan yang mempamerkan aksi lucu alien berwarna hijau menari mengikut tempo.

Justeru ramai peminat lagu ini di seluruh dunia termasuk golongan selebriti cuba meniru aksi yang sama. Bahkan Dame Tu Cosita menjadi lagu pilihan geng Zumba. 

Actually kan bagi korang yang malas bersenam atau ke gym tu, bolehlah menari dan meniru aksi alien hijau seperti lampiran video di bawah. Cukup 2 atau 3 set, sure berpeluh sakan macam hujan dan paling best dapat bakar lemak! 

Kalau tiap-tiap hari bakar lemak kurus lah jawabnya uols! Selamat mencuba.

 

                                                                  Sumber Video : https://youtu.be/ojf6Gp1jjFk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 25 Nov 2019

Pemandu Terselamat Walaupun Kereta Terjunam…

Bahayanya! Mesti pemandu tak sempat elak…

Trending Fri, 10 Apr 2020

“Beberapa Sektor Ekonomi Akan Dibuka Semula Secara Berperingkat” – Perdana Menteri

Senarai sektor akan diberitahu dalam masa terdekat ya…

Trending Fri, 23 Apr 2021
Trending Tue, 31 Jul 2018

| Live TV

error: Content is protected !!