Umum mengetahui, permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kini masih dibuka sehingga 15 Februari ini.
Baca artikel berkaitan : Syarat Layak Mohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Justeru, bayaran kelulusan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dijangka akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:
- Fasa 1 – April / Mei 2021
- Fasa 2 – September / Oktober 2021
Manakala, kadar bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan iaitu:
- Isi rumah berpendapatan <RM2,500
- 1 orang anak RM1,200
- 2 orang anak atau lebih RM1,800
- Isi rumah berpendapatan RM2,001 – RM4,000
- 1 orang anak RM800
- 2 orang anak atau lebih RM1,200
- Bujang berpendapatan <RM2,500
- 21 tahun ke atas RM350

Buat pemohon yang telah lulus BSH 2020 atau BPN 2.0, mereka hanya perlu membuat kemas kini di portal rasmi.
Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, layari portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my.