Trending By: Attiqah Mohd August 13, 2019 @ 5:42pm

Tawaran RM 50,000 Kalau Jumpa Cari Nora Anne- Keluarga

Susulan kes kehilangan gadis Ireland, Nora Anne yang masih belum menemui jejak, keluarga Nora Anne kini menawarkan ganjaran RM 50,000 kepada orang ramai yang berjaya menjejaki anak mereka.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Harian Metro, Maebh Jaseprine Quoirin, ibu kepada Nora Anne dipetik berkata:

“Polis sudah berusaha gigih untuk mengesan Nora. Bagi membantu siasatan mereka, kami membuat keputusan menawarkan ganjaran RM50,000 yang disumbangkan oleh sebuah syarikat berpangkalan di Belfast (Ireland) yang enggan dedahkan namanya,”

Sidang media mengenai kehilangan Nora Anne pertama kali diadakan di Balai Polis Pantai. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Nora Anne diminta untuk menghubungi hotline khas operasi SAR di talian 0111-2285058 atau menerusi emel [email protected] bagi mereka di luar Malaysia.

Terdahulu, Nora Anne Quoirin, gadis warganegara Ireland dilaporkan hilang ketika sedang bercuti bersama keluarganya di resort The Dusun Pantai, Negeri Sembilan.

Kehilangannya membawa kepada pencarian secara besar-besaran oleh anggota polis dan bomba malah turut ada yang mengaitkan kehilangannya dengan kejadian mistik dan misteri.

Untuk maklumat lanjut, layari Buletin Utama TV3 dan TV3 MalaysiaOfficial Youtube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Mon, 25 Oct 2021

Kamal Adli & Ain Edruce Hos Baru Program Lagu Cinta Kita Musim Ke-3!

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘hybrid music dating’ yang dinamakan sebagai Lagu Cinta Kita versi Malaysia kini kembali untuk musim ke-3 (LCK3). Bersiaran selama 8 episod, LCK3 akan menampilkan […]

Trending Fri, 7 Dec 2018

Final Piala AFF, Vietnam Airlines Tambah Penerbangan Ke Malaysia

Aksi final pertama antara Vietnam dan Malaysia berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 Disember manakala final kedua empat hari kemudian di Stadium My Dinh Hanoi.

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Featured Fri, 31 Mar 2023
Featured Fri, 23 Sep 2022

“Sebab Baru 9 Bulan…” – Sedang Mengenali Seseorang, Nasha Aziz Tersipu Malu Disoal Mengenai Bunga

Comel je tengok Nasha malu-malu cakap pasal teman istimewa tu 🙈🥰

Trending Mon, 1 Apr 2019

Gambar Dan Video Rasmi Perkahwinan Penuh Gemilang Sultan Kelantan Akhirnya Tular

Pasangan ini kini dikatakan sedang menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka. Apapun, tahniah diucapkan kepada kedua mempelai diraja.