Trending By: Salma Syahbuddin February 9, 2021 @ 1:15pm

Tempoh Kuarantin Menteri Pulang Dari Luar Negara Dikurangkan – Dr Adham Baba

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi di luar negara perlu menjalani pemerhatian selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan kesihatan orang ramai.

Dan, menteri terbabit dikecualikan daripada menjalani pemerhatian atau pengawasan selama 10 hari.

Perkara itu dinyatakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan terbaru di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang disiarkan pada laman sesawang Jabatan Peguam Negara hari ini.

Menurutnya, ia tertakluk kepada perenggan 3, Menteri mengecualikan Jemaah Menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian Seksyen 15 Akta.

“Jemaah Menteri yang kembali dari lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai,” 

Dr Adham Baba juga menyatakan peraturan itu akan berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 1 Ogos 2021.

Terdahulu, kerajaan sebelum ini memendekkan tempoh kuarantin di Malaysia ke atas prosedur pengurusan kuarantin wajib kepada pengembara yang pulang dari luar negara dan kontak rapat kepada kes yang disahkan positif Covid-19 daripada 14 kepada 10 hari.

 

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Apr 2021

“Beri Saya Ruang…” – Neelofa Respons Dakwaan Kahwin Langgar SOP & Berbulan Madu Di Langkawi

Pengacara dan usawahan popular, Neelofa menjawab dakwaan yang mengatakan dia dan suami, pendakwah selebriti, Haris Ismail dan PU Riz melanggar prosedur operasi standard (SOP). Majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32,

Featured Mon, 27 Mar 2023

[VIDEO] Nabila Huda Usik Keisha Pertama Kali Sertai Sekolah Kerajaan, Ramai Titip Kata Semangat! – “Baru Awak Tahu, Seronokkan Berapa Tahun Private”

Big girl dah Keisha 😢 All the best si cantikk! ❤️ Sekejap je tu lama lama dapat sesuaikan diri ok! 💪🏻

Trending Fri, 30 Jul 2021
Featured Fri, 2 Dec 2022
Featured Thu, 4 Aug 2022

Anggota Trafik Iringi Anak Ahli Parlimen Dikenakan Tatatertib

Nampaknya ramai yang tak puas hati mengenai isu ni yaa?

| Live TV

error: Content is protected !!