Trending By: Salma Syahbuddin June 29, 2020 @ 11:00am

Tempoh Moratorium Bakal Dilanjutkan Atau Tidak, Bergantung Kepada…

Keputusan untuk melanjutkan tempoh moratorium selepas tarikh akhir iaitu pada September ini bergantung kepada budi bicara pihak bank.

Boleh atau Tidak?

Sumber : Google

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pihaknya akan berhubung sendiri dengan institusi perbankan untuk berbincang mengenai hal tersebut.

Beliau juga turut mengakui bahawa, sekarang ini pihak kerajaan menerima banyak maklum balas mengenai lanjutan pelaksanaan moratorium daripada orang ramai.

Namun ianya masih memerlukan persetujuan daripada pihak bank sama ada perlu untuk disambung ataupun tidak.

“sewaktu kita melaksanakan moratorium enam bulan ini, kita menolong semua orang sama ada yang mempunyai gaji atau mampu untuk membayar, tetap dapat nikmati manfaat ini secara automatik.

” Jadi saya fikir menuju ke depan langkah terbaik ialah untuk memberi tumpuan kepada golongan sasar yang mana lebih memerlukan

“Tetapi kita tidak boleh memaksa bank untuk melakukannya dan kami akan terus mengadakan perbincangan dengan mereka mengenai perkara yang ini,” katanya pada sidang media sidang di Kuala Lumpur pada Ahad.

Peminjam disaran berjumpa dengan institusi bank

Sumber : Google

Tengku Zafrul menyarankan agar peminjam segera berjumpa dengan institusi bank masing-masing bagi berbincang mengenai penstrukturan semula pinjaman mereka. Termasuklah, pihak bank atau Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan disaat-saat akhir terutamanya bagi mereka yang kehilangan pekerjaan.

Jadi, semak dan berbincanglah mengenai pinjaman korang dengan institusi bank masing- masing okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Apr 2018

Check Your Voting Details With SPR’s Mobile Application

Website crashed again? Just use the app lah.

Trending Thu, 14 Jan 2021
Trending Thu, 19 Mar 2020

“Kelakar Betul La!,”-Netizen Terhibur Lee Chong Wei Beri Pesanan Cara Hadapi Kawalan Pergerakan

BEKAS jaguh badminton Malaysia, Dato’ Lee Chong Wei bertindak menasihati rakyat Malaysia tentang cara menghadapi kawalan pergerakan bagi mencegah penularan wabak covid-19. Perkara ini disampaikan oleh Lee Chong Wei menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di […]

Hiburan Fri, 5 Aug 2022
Trending Fri, 3 Jan 2020

Take A Look At 2020’s Bridal Trends With This Malaysian Designer’s Night At The Museum

Darling, you look pretty in white but you look exceptional in Adila Long..

Featured Sat, 26 Mar 2022