Featured By: Attiqah Mohd March 23, 2021 @ 5:24pm

Tengku Iman Abdullah Lancar Green Ribbon Group, Tingkat Kesedaran Penyakit Mental

Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah yang juga Penaung Antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia, berkenan mengasaskan pertubuhan kebajikan sosial iaitu Green Ribbon Group untuk membantu meningkatkan kesedaran kesihatan mental di Malaysia.

Menerusi kenyataan Green Ribbon Group, penubuhan itu bertujuan memperkasakan pihak berkepentingan yang terlibat dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan mental monumen yang sedang dihadapi rakyat ketika ini dalam mewujudkan penyelesaian yang berdaya maju melalui advokasi, pengumpulan dana dan kerjasama.

“Malaysia mempunyai peluang unik untuk menyumbang kepada standard global dalam penjagaan kesihatan mental dan ini bermula dengan kesedaran negara dan institusi yang terlibat di sini,” Tengku Puteri Iman Afzan dipetik sebagai berkata dalam kenyataan itu.

Tengku Puteri Iman Afzan, yang juga puteri sulung Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menyampaikan pin reben hijau yang direka semula, kepada pemimpin dalam pelbagai bidang bagi membantu meningkatkan kesedaran dan penyertaan positif dalam advokasi kesihatan mental.

Antara penerima pin tersebut termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid dan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Inisiatif Tengku Puteri Iman Afzan telah diiktiraf Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 27 Dec 2019

Mandi Seminggu Sekali Rahsia Kekal Cantik, Nampak Muda

Ini pendedahan dari pereka fesyen

Featured Thu, 23 Feb 2023

“Ramai Penyondol Hilang Malu, Ramai Lelaki Lupa Diri” – Isteri Caprice

Jangan terlalu bergantung sebab hati boleh berbolak-balik bila-bila masa – Farra Inalis

Featured Sun, 12 Sep 2021
Featured Sat, 18 Apr 2020

Jangan berpuas hati meskipun jumlah jangkitan baharu menurun

Seorang pesakit mampu jadi punca ratusan jangkitan

Featured Fri, 1 Oct 2021
Featured Fri, 16 Dec 2022

Ustaz Wadi Anuar Kongsi Tip Berubah Jadi Baik

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menasihati warganet agar kekal istiqamah untuk berubah menjadi orang yang lebih baik. @thefastabiqulkhairat semangat untuk berubah dan istiqamah🤍 In Shaa Allah🤲🏻 #reminderislamic #ustazwadiannuar #uwa #uwateam #keepistiqomah #selfreminder #reminderforyou #thefastabiqulkhairat #fyp

Trending Thu, 1 Oct 2020

| Live TV