Trending By: SGMS Faida June 6, 2018 @ 6:59am

Tengok Anak Bulan Syawal 14 Jun

Tarikh bagi melihat anak bulan Syawal telah ditetapkan pada petang Khamis, 14 Jun bersamaan 29 Ramadan 1439 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Sebanyak 29 tempat dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor.

Tempat lain ialah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Kedah.

Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Geliga di Kemaman dan Balai Cerap KUSZA, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mukim Merang di Setiu, Terengganu; Bukit Peraksi di Pasir Puteh dan Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur Daerah Olak Jeram di Kuala Krai, Kelantan; Tanjong Lubang di Miri; Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
 
Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah; Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen pada malam tersebut – BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 10 Nov 2018

不是帅哥也可以!男人5大特质让女生好想跟你在一起

既然称不上是大帅哥了,更要养成其他方面的魅力才行,这5个条件只要做足了,事实上也没什么好挑剔了……

Hiburan Thu, 20 Oct 2022
Trending Tue, 16 Jun 2020
Trending Sat, 24 Apr 2021
Trending Tue, 5 May 2020
Trending Mon, 27 Jun 2022

[VIDEO] “Aku Simpan Lama…” – PA Mak Wan Latah Dedah Rahsia Amalan Bertentangan Ajaran Islam

Pelakon veteran, Mak Wan didakwa oleh pembantu peribadinya mengamalkan amalan yang bertentangan dengan agama.

Trending Thu, 12 Nov 2020

| Live TV