Trending By: SGMS Enal July 28, 2019 @ 10:17am

Tercampak 70 meter Dan Separuh Otaknya Hancur Masih Boleh…

Setiap orang yang hadir dalam hidup kita merupakan sebahagian daripada percaturan Tuhan untuk mengajar kita sesuatu. Ada yang mengajar dengan memberi kepahitan dan ada yang menjadi inspirasi kepada kita melalui ketabahan mereka menghadapi ujian.

Ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Inilah kata-kata paling tepat untuk menggambarkan kehebatan seorang lelaki bernama Takalah yang begitu kuat menongkah ujian hidup yang hampir meragut nyawanya suatu ketika dahulu.

Seorang pengguna Twitter dari Singapura, Sp1derboi berkongsi pertemuannya dengan Takalah ketika menaiki pengangkutan awam di sana.

Nama lelaki ini Takalah dan beliau merupakan seorang yang aktif bersukan dengan menyertai triathlon dan sebagainya. Beliau seorang yang bijak, bergraduasi daripada universiti dengan beberapa anugerah bersama ijazah kejuruteraan dan jaminan mendapat pekerjaan di firma multinasional.

Namun sayangnya, Takalah mengalami kemalangan teruk ketika menunggang motosikal sehingga menyebabkan sebahagian daripada otaknya hancur di atas jalan di samping patah tiga tulang rusuk dan patah kaki. Takalah dimasukkan ke ICU dan menjalani pembedahan otak selama 14 hari diikuti pembedahan susulan selama tiga bulan.

Dalam sebuah dokumentari ringkas Singapura, Takalah berkata dia mempunyai hanya 0.1 peratus peluang untuk hidup akibat kemalangan tersebut. Rusuknya yang patah telah menebuk paru-paru, dia hilang satu pertiga darah dari badan selain kehilangan air di dalam otaknya sehingga doktor menggantikan air tersebut dengan cecair buatan.

Ahli bedah saraf berkata kepadanya,

“Tidak mengapa anda kehilangan sebahagian otak anda. Anda hanya perlukan 2 peratus daripadanya untuk berfungsi.”

Kehilangan sebahagian besar memori, Takalah tidak mampu mempersoal kenyataan doktor. Dia ke perpustakaan untuk mencari buku tentang fisiologi manusia di mana dia terbaca kajian sekumpulan penyelidik mengenai otak Einstein.

“Mereka mendapati Einstein hanya menggunakan kurang 10 peratus daripada otaknya. Hal ini memberi harapan buat saya.”

Kata Sp1derboi, “Menurutnya, beliau sedar tanpa tahu apa-apa dan terpaksa belajar dari awal termasuk perkara trivia seperti bercakap.

“Saya cukup kagum dengannya kerana mampu bertutur dengan fasih dalam bahasa Inggeris dengan kemahiran yang sangat mantap.

“6 tahun setelah keluar daripada hospital, Takalah mempunyai ijazah dalam pendidikan. Sehingga hari ini, anda akan berasa seolah-olah beliau bukan mangsa kemalangan ngeri, bukan semata kerana keajaiban dunia perubatan tetapi kerana beliau tetap tidak membenci Tuhan atau dunia ini.”

“Sifar kebencian,” kata Sp1derboi mengakhiri perkongsiannya dengan kekaguman terhadap sikap positif Takalah yang redha dan tetap bangkit walaupun dihenyak ujian dunia ketika berada di puncak kehidupan.

 

Sumber: Sp1derboi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Aug 2022

“Sebelum Ada Rezeki, Kalau Boleh Kami Nak…” – Puteri Aishah Tak Rancang Soal Anak

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu bersama pilihan hatinya, kehidupan pelakon Puteri Aishah semakin bahagia disamping suami tercinta. Sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan anak seni apabila disoal mengenai perkembangan selepas berkahwin terutamanya […]

Hiburan Wed, 18 Jan 2023

Tak Terlibat Dengan Adegan Panas Filem Pulau, Ini Respons Ikmal Amry – “Siapa Tak Suka, Tak Perlu Tengok”

Filem Pulau yang bakal ditayangkan pada 9 Mac ini menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet kerana dakwaan ia mempunyai adegan yang tidak bersesuaian untuk dijadikan tontonan umum. Malah, pendakwah bebas PU Syed yang terkenal dengan […]

Trending Thu, 4 Oct 2018

Ini Punca Enam Anggota Bomba Lemas Dalam Misi Mencari Dan Menyelamat

Takziah diucapkan buat kesemua wira negara ini. Al-Fatihah

Featured Fri, 9 Dec 2022

Masih Dihantui Masa Lalu, Aisha Retno Susah Nak Move On Dalam I.L.S.M

Sedihnya lagu baru Aisha ni tapi sumpah best!

Trending Sat, 3 Feb 2018

Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

“Kami Mahu Keadilan,” Sedih Atas Pemergian Anak Gadisnya, Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

Featured Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Trending Wed, 25 Mar 2020

“Inilah Masa Wanita Single Atau Yang Sukakan Laki Orang Pergi Pasaraya,” – Gurauan Michael Ang Cuit Hati Rakan Artis Dan Netizen

Menerusi siaran langsung Pengumuman Rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, beliau telah mengumumkan tempoh Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir pada 1 April dilanjutkan sehingga 14 April. Sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini, […]