Trending By: Yanie Baharom September 24, 2018 @ 1:00pm

Terima Anugerah Dekan Meski Sebulan Tidak Menghadiri Kelas Gara-Gara Sibuk Shooting!

Terpaksa ponteng kuliah selama sebulan, namun itu tidak menghalang penyanyi Daiyan Trisha untuk menamatkan pengajiannya dalam bidang pentadbiran perniagaan dengan cemerlang.

Petua Daiyan untuk mengekalkan pretasinya, adalah dengan mengorbankan waktu malamnya selain mengambil banyak subjek pelajaran.

“Tak pergi kuliah sepanjang bulan (dengan izin) untuk penggambaran filem Busker. Saya siapkan tugasan kuliah pada waktu malam selepas selesai penggambaran.

“Jalani latihan perindustrian di Levi’s sementara jadi duta Levi’s, ambil enam, tujuh subjek dalam satu semester supaya saya dapat menamatkan pelajaran dengan cepat.

Instagram: Daiyan Trisha

“Belajar di waktu malam untuk peperiksaan selepas seharian penuh dengan fotografi, tidur dalam kelas sebab jet-lagged balik dari kerja luar,” kata Daiyan.

Pelakon drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia ini menamatkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Infrastructure University Kuala Lumpur.

Kata penyanyi lagu Langit ini, biarpun dia pernah hampir berputus asa, namun masih menyimpan cita-cita tinggi untuk skor A dalam setiap kelas.

Bagi Daiyan, untuk mencapai matlamat, seseorang itu perlu berusaha bersungguh-sungguh dan memberi komitmen sepenuhnya dalam setiap apa yang dilakukan.

Foto: Instagram Daiyan Trisha

“Saya pernah putus asa beberapa kali. Ia sangat gila! Walaupun begitu, saya masih bercita-cita tinggi untuk dapatkan skor A dalam semua kelas.

“Datang lambat pun masih dengan muka tak malu duduk di barisan depan supaya dapat fokus. Alhamdulillah saya masih dalam senarai Dekan setiap semester.

“Saya rasa, selagi anda bersungguh-sungguh dan komited untuk mencapai matlamat, tiada apa yang anda tidak boleh lakukan,” ujarnya.

By the way, Hijab & Heels ingin mengucapkan good luck and all the best kepada semua murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bermula hari ini. 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 8 May 2019

‘ Cukuplah Menabur Fitnah Pada Saya’- PU Abu Nafi Nikah Diam-Diam

PU Abu turut menyertakan hantaran screen shot menunjukkan IG sebenarnya telah diceroboh individu tidak dikenali.

Trending Mon, 24 Sep 2018
Trending Fri, 6 Sep 2019

So What’s Gonna Happen to f(x) Now?

One by one, the Queens are leaving. So what should we expect from members of f(x) now?

Hiburan Thu, 4 Jan 2024