Alhamdulillah!
Selepas rakan artis, Fazura selamat melahirkan cahaya mata kini giliran pelakon jelita, Farah Nabilah pula menyambut kehadiran orang baru.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram, Farah mengumumkan dia selamat melahirkan putera sulungnya pada pagi tadi.
Video kelahiran pertama anak sulungnya itu kini meraih hampir 405, 000 tontonan di Instagram.
Bakal dedah wajah dan nama anak nanti
Farah turut berjanji untuk mendedahkan wajah anaknya dan nama pertama bayi beliau apabila tiba masanya kelak.
Rata-rata ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh para peminat dan rakan artis.
Kami di xtra mengucapkan tahniah buat Farah dan suami!