Trending By: Fatin Nurain June 26, 2024 @ 3:14pm

“Terima Kasih Banyak-Banyak Sebab Lawat Papa” – Isma Aliff

Pelakon legenda tahun 90-an, Isma Aliff meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Nor Ismalina datang menziarahinya bersama menantu selepas setahun tidak bertemu.

Sebelum ini, Isma dikhabarkan telah dimasukkan ke Hospital Ampang selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru hingga ditidurkan pada 15 Disember lalu.

Menurut Isma, dia sangat gembira kerana akhirnya dapat berjumpa dengan anaknya itu pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. .

“Saya gembira sangat dan terharu sebab dah lama tak jumpa kan? Mungkin dah lama dia tak balik jenguk saya sebab ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan. Sebab itu lama dia tak datang.

“Tapi bila dia datang tempoh hari, saya tengok dia sihat pun dah cukup gembira dah. Syukur Alhamdulillah dan yang paling penting dapat jumpa dengan dua orang cucu saya.

“Rasanya dekat setahun dah anak tak jenguk saya sebelum ini tapi kami tetap berhubung melalui telefon. Sedih jugalah bila anak lama tak datang tengok saya sebab anak kan?,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Isma ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin KPJ Healthcare & mStar Baek yang diadakan di Menara KPJ, semalam.

Sementara itu, Isma turut memaklumkan setakat ini dia masih belum bertemu dengan anak keduanya, Mohd Alif yang kini sedang menjaga isterinya, Norha Rafie di Ulu Kinta, Perak.

“Anak kedua belum datang lagi sebab dia sekarang ini sedang menjaga ibu dia di Ulu Kinta, Perak. Mungkin nanti kalau ada kelapangan dia akan datang atau mungkin saya yang akan ke sana jumpa dengan dia.

“Setakat ini belum berhubung (dengan anak kedua), apa-apa saya akan ‘direct’ dengan kakak dia saja,” jelasnya.

Isma bagaimanapun mendoakan agar kedua-dua anaknya itu mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

“Kepada dua anak, saya doakan mereka diberi kebahagiaan dunia dan akhirat. Terima kasih banyak-banyak sebab lawat papa di dalam keadaan begini. Papa sangat hargai,” katanya.

Terdahulu, Isma pernah dimasukkan ke Hospital Ampang selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru hingga ditidurkan pada 15 Disember lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Sep 2022
Featured Fri, 8 Sep 2023
Trending Thu, 10 Sep 2020
Featured Mon, 24 Jun 2024
Drama Thu, 2 Dec 2021

Pengarah Kisah Cinta Kita Jawab Dakwaan Babak Tepis Telefon Tiru Babak K-Drama Descendants of The Sun

Sebelum ini, tular di TikTok tentang babak di dalam drama bersiri Kisah Cinta Kita dikatakan meniru adegan drama cinta popular di Korea, Descendants of The Sun (DOTS). Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna […]

Trending Mon, 23 Nov 2020
Trending Sat, 7 Apr 2018

‘Pergi’ Penuh Gaya, Jutawan Dikebumi Dengan Barang Kemas Mahal!

Bukan hanya barang kemas sahaja yang diletakkan bersama mayat berkenaan tetapi juga sepasang kasut berjenama Timberland turut ada. Dasyat ni!

Trending Mon, 9 Dec 2019

Gunung Berapi White Island Di New Zealand Meletus

Sekurang-kurangnya lima terkorban dan selebihnya masih belum dikenal pasti