Trending By: Salma Syahbuddin June 15, 2021 @ 2:13pm

“Terima Kasih Untuk 11 Tahun Yang Penuh Gelak Ketawa” Lee Kwang Soo Ucap Selamat Tinggal Bikin Netizen Sebak

Akhirnya episod paling popular di Korea, Running Man kali ini pastinya memberi sedikit kelainan kepada semua peminatnya. Kalau sebelum ini program tersebut menghidangkan seribu satu gelak ketawa namun, episod ini pastinya sangat berbeza.

Memasuki episod ke-559, siapa sangka Lee Kwang Soo yang terkenal dengan jolokan Zirafah dan Prince Of Asia ini akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat semua peminatnya secara rasmi.

Perkara ini sekaligus mengundang sebak rata-rata netizen apabila Kwang Soo memuat naik hantaran di laman instagram miliknya dengan mengatakan beliau berasa gembira sepanjang tempoh 11 tahun bersama Running Man.

Malah, peminat yang menyaksikan episod akhir Kwang Soo malam tadi pastinya masih terkesan dan sebak dengan pemergian beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이광수 (@masijacoke850714)

“Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kami. Semuanya sudah seperti keluarga termasuklah krew produksi”

“Sepanjang 11 tahun ini, saya telah menerima ‘cinta’ daripada anda semuayang adakalanya membuatkan saya tidak layak untuk meneimanya”

“Banyak kenangan manis dan gembira setiap minggu. Dalam apa cara sekalipun, saya rasa masih tidak cukup untuk saya ucapkan terima kasih 

“Dengan tulus ikhlas, saya ingin mengucapkan terima kasih dan say sayang anda semua”tulisnya.

Episod akhir Lee Kwang Soo yang disaksikan oleh peminatnya di Malaysia ternyata mengundang sebak apabila rata-rata menzahirkan kehilangan Lee Kwang Soo dalam program  Running Man ini adalah kehilangan yang sangat besar.

Malah, ucapan yang diberikan oleh setiap ahli Running Man buat pemuda berusia 35 tahun ini ternyata antara momen yang mengundang sebak penonton setia program ini.

“You are one of the best parts of our life…we miss you Oppa!”

Rata-rata peminat dan rakan terdekat Kwang Soo turut memberikan kata-kata semangat diruangan komen miliknya dan menyifatkan penglibatan Kwang Soo dalam Running Man sangat memberi impak kepada hari-hari mereka.

Terdahulu, Lee Kwang Soo telah membuat keputusan rasmi untuk meninggalkan Running Man pada April selepas mengalami kecederaan pada pergelangan kakinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Jan 2018

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Trending Sat, 19 Feb 2022

“Semalam Nampak Sihat Seperti Tiada Apa-Apa” – Bapa AG Hot FM Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Bapa kepada penyampai radio dan pengacara AG Azmeer iaitu Selamat Ipan meninggal dunia ketika tidur, kira-kira jam 3.00 pagi tadi akibat COVID-19. AG atau nama sebenar, Muhammad Azmir Selamat memaklumkan, bapanya yang berusia 76 tahun

Trending Wed, 19 May 2021

“Rasa Nak Pengsan, Macam Nak Gugur Jantung” – Puteri Sarah Positif Covid-19

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 36, mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas membuat Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di Shah Alam, semalam. Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ini berkata, dia bertindak melakukan ujian terbabit selepas hilang

Featured Wed, 23 Nov 2022

Tak Kisah Jawatan Perdana Menteri Lambat Diumumkan, Aeril Zafrel Harap Keputusan Capai Kata Sepakat

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel bersabar menanti pengumuman bakal Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Menurut Aeril, lebih baik keputusan yang akan dibuat mengambil lebih masa bagi mendapatkan kata sepakat semua pihak dalam menentukan keputusan yang

Trending Tue, 19 Feb 2019

「无痛存钱法」容易把钱花掉!掌握「存钱效率」才是关键

放假就会想花钱,因此许多人都打算制定新年存钱计画,想把钱留下来,其实累积财富的效率来自「持之以恒」,如果用「存钱效率」将更能把钱留下来。

Trending Thu, 19 May 2022

Penyewa Rumah PPR Tidak Bayar Sewa Lebih Sedekad, Tidak Malu Tinggal Secara ‘Percuma’

Ada kalangan penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) lebih sedekad tinggal ‘percuma’.

| Live TV

error: Content is protected !!