Featured By: Fatin Nurain April 13, 2022 @ 3:01pm

Terima Tawaran Lumayan Biarpun Lama Tak Aktif Dalam Bidang Seni, Hanis Zalikha Luah Rasa Syukur

Sudah lama kita tidak mendengar perkembangan terkini pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha.

Selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Hairul Azreen dan bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata serta sibuk dengan perniagaan, langkah Hanis dalam bidang seni kian perlahan.

Biarpun sudah lama tidak aktif dalam industri hiburan, Hanis berbesar hati apabila ditawarkan rezeki untuk bergelar duta jenama pakaian Innersejuk.

“Alhamdulillah, saya pun dah lama tak berkecimpung dalam industri. Bila orang offer such a big deal for me macam ni, saya rasa besar hati.

“Saya rasa macam saya boleh sumbangkan sesuatu untuk jenama lain,” jelasnya kepada XTRA.

Pengumuman itu dibuat ketika sesi sidang media Innersejuk X Hanis Zalikha untuk kempen koleksi terbaru jenama tersebut, Telekung Suqainah di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, semalam.

Selain itu, Hanis memuji dengan keyakinan Innersejuk kerana mereka tidak tergugat dengan mana-mana jenama lain.

“Saya suka sebab mereka dah study saya sebagai individu, mereka dah study apa saya buat, brands yang saya pegang, brands yang saya jaga.

“Jadi, saya rasa dia yakin dengan produk dia sendiri, dia yakin dengan jenama dia. So, dia bukan brand yang insecure, dia rasa tak tergugat dengan brand-brand lain,” katanya.

Menurut Pengarah Urusan Innersejuk Azrul Azzam, mereka sangat teruja dan mengalu-alukan Hanis untuk menjadi sebahagian daripada keluarga jenama tersebut.

“Personaliti beliau yang sangat berani, mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri, sangat sesuai untuk membawa jenama Innersejuk.

“Beliau adalah seorang usahawan wanita berbakat yang berjaya, juga seorang isteri dan ibu. Kami sangat kagum dengan keberanian dan kesungguhan beliau dalam mencapai sesuatu kejayaan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 31 May 2020
Eat Travel Thu, 1 Nov 2018

Mula Dibuka Disember Ini, Papan Luncur Terpanjang Di Dunia Kini Di Pulau Pinang!

Pengunjung yang mahu menaiki luncur ini perlu menaiki tangga pada aras ketinggian 420 meter ke puncak bukit tempat luncur bermula.

Hiburan Mon, 15 May 2023
Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Featured Wed, 24 Aug 2022
Featured Mon, 21 Mar 2022
Featured Thu, 14 Apr 2022

Hariz Danial Tak Sabar Bekerjasama Dengan Komposer Terkenal – “Peluang Terbaik Untuk Penyanyi BBNU”

Wah, menarik tu. Bukan calang-calang penyanyi boleh buat lagu dengan komposer hebat seperti Sharon Paul