Malaysia kini mencatatkan rekod baru buat kes kematian melibatkan COVID-19. Mangsa terbaru dilaporkan mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling. KKM turut melaporkan bahawa daripada 15 kematian itu, 10 kematian atau 67% adalah kluster tabligh manakala selebihnya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.
Menerusi ciapan dikeluarkan KKM, mangsa merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka dan merupakan kes ke-1519.
#COVIDー19 Dukacita dimaklumkan kematian di negara kita meningkat kepada 15 orang, setakat ini.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 24, 2020
Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 24, 2020
Selain itu, KKM turut mengumumkan 106 kes baru #COVIDー19 dilaporkan di Malaysia menjadikan 1,624 kes keseluruhan, 24 Mac 2020. Daripada 106 kes itu, 43 dari kluster tabligh selebihnya iaitu 63 lain-lain kluster yg masih dlm siasatan. 64 pesakit di ICU termasuk 24 memerlukan bantuan pernafasan.
Sumber: Twitter KKM