Categories: Trending

[Terkini] Kita Belum ‘Raya’ PKPB Masih Ada

Jangan suka sangat!

Walaupun ini adalah hari pertama rakyat Malaysia dibenarkan keluar bekerja selepas 47 hari ‘terkurung’ namun, ianya bukanlah alasan untuk kita melanggar peraturan PKP sebelumnya.

Namun, perlu diingat PKP ini hanyalah dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) dan tarikh tamat sebenar perintah ini yang kini masuk fasa ke-4 adalah pada 12 Mei ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam menegaskan, persepsi yang menganggap kerajaan sudah tamatkan PKP dan hari ini kita ‘raya’ adalah salah.

“Sekarang terserah kepada disiplin orang ramai dan kepatuhan mereka kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) perintah berkenaan bagi membantu melandaikan lekuk Covid-19 seterusnya menjadikan kes positif sifar ” Katanya.

Malah, dalam orang ramai sibuk meraikan kebebasan ini, adalah perlu diingat bahawa kes Covid-19 kembali mencecah angka tiga digit pada dua hari yang lalu selepas 16 hari Malaysia berjaya merekodkan angka dua digit.

Semalam, sebanyak 122 kes positif Covid-19 direkodkan, dan ianya meningkat dari hari sebelumnya iaitu sebanyak 105 kes.

Bagaimanapun, keputusan melonggarkan PKP kepada PKPB yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu masih kekal dan hanya kawasan yang mencatatkan kenaikan mendadak kes Covid-19 akan ditutup selepas ini.

Justeru itu, janganlah kita menjadikan kebebasan yang diberikan ini sebagai satu kerugian dalam usaha kita membanteras penularan wabak ini sejak 47 hari yang lalu.

Salma Syahbuddin