Categories: Trending

TERKINI! Pesawat Lion Air Hilang Selepas 13 Minit Berlepas

Pesawat komersial Lion Air JT 610 hilang dari radar selepas bertolak dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Banten, pada jam 6.33 waktu tempatan.

Pesawat itu dilaporkan hilang 13 minit selepas ia berlepas.

Difahamkan, pihak berkuasa Indonesia melaporkan pesawat dipercayai hilang di perairan laut Kepulauan Seribu, Jakarta Utara.

Buat masa ini, pihak berkuasa Indonesia sudah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ia dijadualkan tiba di Pangkal Pinang pada jam 7.20 pagi.

Terakhir, pesawat itu terlihat berada di koordinat 05 48.934 S 107 07.384 E

SGMS Faida